the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
27 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Universiti awam digalak pasang panel solar untuk jimat penggunaan tenaga elektrik

SERDANG: Lebih banyak universiti awam (UA) digalakkan untuk memasang panel solar sebagai alternatif bagi menampung penggunaan tenaga elektrik harian, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad (gambar).

Beliau berkata buat masa ini UA seperti Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), dan Universiti Malaya (UM) sudah mula mengaplikasikan penggunaan panel solar di kampus masing-masing, sekali gus menyokong aspirasi kerajaan dalam melestarikan sistem pembekalan elektrik negara.

“Ia (pemasangan solar) merupakan satu perkara positif kerana universiti dapat melihat bagaimana untuk menggunakan panel solar dan tenaga boleh baharu (TBB).

“Bagi universiti awam yang banyak melakukan penyelidikan, impaknya amat positif bukan sahaja dari segi penjimatan tenaga tetapi juga dari segi penyelidikan yang dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Projek ‘Rooftop Solar Photovoltaic (PV) UPM di sini hari ini.

Turut dimeterai memorandum persefahaman antara UPM dan Syarikat Hampshire Automotive Sdn Bhd bagi penyelidikan bidang kenderaan elektrik (EV) dan ‘battery energy storage system’ (BESS) bertujuan menyokong dasar peralihan tenaga negara dan usaha negara mencapai hasrat 45 peratus pengurangan gas rumah hijau pada tahun 2030.

Nik Nazmi berkata pelaksanaan projek solar PV beserta penyelidikan EV dan BESS merupakan langkah penyahkarbonan yang mendominasi dan mencorak hala tuju pembangunan geopolitik, ekonomi, pelaburan dan perdagangan dunia semasa.

“Justeru dalam mendepani cabaran dan merungkai masalah pencemaran alam sekitar yang silih berganti, sinergi antara sektor kerajaan, universiti awam dan industri harus terus digembleng melalui aktiviti penguatkuasaaan yang menyeluruh,” katanya.

Sementara itu Naib Canselor UPM Prof Datuk Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah dalam ucapannya berkata UPM telah menjalin kerjasama strategik dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB) melalui anak syarikat milik penuhnya GSPARX Sdn Bhd bermula Januari 2022 menerusi pemasangan sistem solar berkapasiti 16.18 megawatt (MW) atau dikenali sebagai SURIA16 di 12 lokasi sekitar universiti tersebut.

Ia merangkumi bangunan termasuk masjid, bumbung parkir dan projek solar terapung Hidroponik-Aquavoltaic Bersepadu Berskala Besar yang ditempatkan di Fakulti Kejuruteraan UPM.

Sehingga September lepas, katanya projek rooftop solar UPM atau SURIA16 telah memberikan pulangan penjimatan sehingga RM2.47 juta serta mampu mengurangkan 14,665 tan metrik karbon dioksida setahun. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Author born from notebook scribblings on Sydney trip

Already ‘wired for brilliant stories’ at age 14, self-described mega-introvert discovers driving force for calling in handwritten travel jottings from 21 years ago

Successful debut of International Symposium on Emergency Response and Aeromedical Services in Hong Kong

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 20 June 2026 – Hong Kong's Government Flying Service (GFS) held its inaugural three-day International Symposium on Emergency Response and Aeromedical Services (ISERAS) (June 16-18), bringing together more than 230 policymakers, experts and academics, and industry representatives from over 70 institutions and accredited organisations.

Swire Coca-Cola HK Refreshes the 2026 Sun Life Hong Kong International Dragon Boat Festival...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 20 June 2026 - Bringing a refreshing wave to a beloved cultural tradition, Swire Coca-Cola HK has become the Official Beverage Sponsor for the "2026 Sun Life Hong Kong International Dragon Boat Races", organised by the Hong Kong Tourism Board. Running from 19 June to 1 July, the brand is set to energise athletes, locals, and tourists alike with thirst-quenching beverages and an eye-catching festive photo spot.

iQOO 15R Named Official Gaming Phone for 2026 Asian Games Esports Qualifiers: Honor of...

DONGGUAN, CHINA - Media OutReach Newswire - 19 June 2026 - iQOO, a smartphone brand built for high-performance mobile gaming experiences, today announced that the iQOO 15R has been named the Official Gaming Phone for the 2026 Asian Games Esports Qualifiers: Honor of Kings.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings