the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
27 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lebih 12,000 pendatang asing diusir ke negara asal sejak Januari 2023

NIBONG TEBAL: Seramai 12,380 pendatang tanpa izin telah diusir oleh Jabatan Imigresen (JIM) sejak Januari hingga 29 Mac lepas, kata Ketua Pengarahnya Datuk Ruslin Jusoh (gambar).

Ruslin berkata mereka terdiri daripada 9,606 lelaki dan 2,774 wanita membabitkan majoriti warga Filipina, Indonesia dan Myanmar dengan penghantaran melalui jalan darat, penerbangan atau feri penumpang.

“Terdapat tiga kategori tahanan di depot imigresen dan diusir pulang ke negara mereka iaitu banduan asing yang tamat hukuman penjara dan diserahkan kepada JIM untuk urusan usir ke negara asal.

“Selain itu, tahanan warga asing yang ditangkap oleh JIM atas kesalahan melanggar Akta Imigresen 1959/63 atau Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 serta kesalahan lain yang masih dalam siasatan kes dan tahanan warga asing yang diserahkan oleh agensi penguat kuasa lain untuk tindakan usir oleh JIM,“ katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutupan Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap di sini hari ini.

Beliau berkata ketika ini seramai 11,650 pendatang tanpa izin masih ditahan di 18 depot imigresen sedia ada dan tiga depot sementara.

Ruslin berkata kapasiti penghuni di semua depot imigresen ketika ini berkurangan 50 peratus berbanding jumlah penuh seramai 21,150 orang susulan JIM telah mengusir ramai tahanan pulang ke negara masing-masing selepas segala dokumentasi mereka selesai.

Beliau berkata bagaimanapun terdapat beberapa masalah timbul untuk mempercepat proses pengusiran mereka kerana perlu menunggu proses pengeluaran dokumen daripada perwakilan negara asal tahanan yang memakan masa agak lama serta tahanan yang tidak mempunyai keupayaan untuk membeli tiket pulang.

“Pengurusan tiket perlu diselaraskan oleh pegawai depot dengan menyemak keupayaan wang setiap tahanan untuk membeli tiket pulang dan tahanan yang mempunyai keupayaan wang membeli tiket akan segera dihantar pulang oleh depot imigresen.

“Tahanan yang tiada keupayaan wang untuk membeli tiket akan diuruskan dengan memberikan peluang kepada mereka menghubungi keluarga dan rakan untuk membiayai tiket pulang. Selalunya proses penghantaran pulang mengambil masa dua minggu hingga enam bulan,“ katanya.

Mengulas tentang penutupan Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap, Ruslin berkata depot itu yang beroperasi sejak 15 Feb 2021 akan ditutup bermula esok dan sepanjang beroperasi, ia telah menempatkan 2,224 tahanan dengan seramai 62 pegawai imigresen bertugas dibantu 32 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Beliau berkata depot itu pada awalnya disewa bagi membantu JIM mengatasi penularan wabak COVID-19 dan kesesakan tahanan di depot seluruh Malaysia semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan kerana tiada proses pengusiran dapat dilaksanakan.

Sementara itu, Ruslin berkata seramai 322,182 pendatang tanpa izin dan 27, 572 majikan sudah berdaftar dalam Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 menerusi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja yang diumumkan kerajaan pada 10 Jan lepas. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Author born from notebook scribblings on Sydney trip

Already ‘wired for brilliant stories’ at age 14, self-described mega-introvert discovers driving force for calling in handwritten travel jottings from 21 years ago

Successful debut of International Symposium on Emergency Response and Aeromedical Services in Hong Kong

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 20 June 2026 – Hong Kong's Government Flying Service (GFS) held its inaugural three-day International Symposium on Emergency Response and Aeromedical Services (ISERAS) (June 16-18), bringing together more than 230 policymakers, experts and academics, and industry representatives from over 70 institutions and accredited organisations.

Swire Coca-Cola HK Refreshes the 2026 Sun Life Hong Kong International Dragon Boat Festival...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 20 June 2026 - Bringing a refreshing wave to a beloved cultural tradition, Swire Coca-Cola HK has become the Official Beverage Sponsor for the "2026 Sun Life Hong Kong International Dragon Boat Races", organised by the Hong Kong Tourism Board. Running from 19 June to 1 July, the brand is set to energise athletes, locals, and tourists alike with thirst-quenching beverages and an eye-catching festive photo spot.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings