the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 2, 2025
23.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dewan Rakyat lulus dua RUU perlindungan pekerja

Dewan Rakyat meluluskan dua rang undang-undang untuk memperluas perlindungan keselamatan sosial pekerja, termasuk skim 24/7 dan peningkatan faedah insurans kehilangan pekerjaan.

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2025 hari ini.

RUU itu memperkenalkan Skim Lindung 24/7 yang memberi perlindungan menyeluruh kepada pekerja sepanjang masa, termasuk di luar waktu bekerja.

Menteri Sumber Manusia Steven Sim berkata skim itu akan memberi manfaat kepada hampir 10 juta pekerja formal di seluruh negara.

Beliau berkata Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mempunyai keupayaan untuk memastikan kelancaran pelaksanaannya.

“Purata tempoh masa pemprosesan tuntutan untuk tahun lepas di bawah PERKESO bagi setiap kes adalah lebih kurang 24 jam,” katanya ketika menggulung perbahasan.

Sim berkata kajian sedang dijalankan untuk memberi insentif kepada pencarum yang tidak membuat sebarang tuntutan dalam tempoh tertentu.

Beliau berkata sebanyak 12,306 kes tuntutan ditolak PERKESO sejak 2023 hingga Oktober lepas kerana bukan bencana kerja.

Jumlah itu menunjukkan kepentingan pelaksanaan Skim Keselamatan Bukan Bencana Kerja yang dimasukkan dalam RUU tersebut.

Pelaksanaannya bagi mengelak ribuan keluarga menanggung kos rawatan sendiri hanya kerana kemalangan berlaku di luar waktu kerja.

RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahas 10 Ahli Parlimen.

Dewan Rakyat turut meluluskan RUU Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2025.

RUU itu bertujuan meningkatkan faedah kepada pencarum PERKESO kehilangan pekerjaan serta memperkukuh tadbir urus pelaksanaan Sistem Insurans Pekerjaan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata setakat 30 November lepas, sebanyak 57,094 atau 85.3% pekerja telah menerima manfaat di bawah pelbagai faedah dalam SIP.

Jumlah itu adalah daripada 69,923 kes kehilangan pekerjaan yang direkodkan PERKESO dalam tempoh lima tahun.

“Jumlah keseluruhan bayaran faedah SIP yang diluluskan ialah sebanyak RM437.19 juta,” katanya.

Beliau berkata kerajaan kekal komited memastikan bantuan ini disalurkan secara cepat, telus dan berkesan.

RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahas enam Ahli Parlimen.

Related

spot_img

Latest

ICONSIAM to Host “Amazing Thailand Countdown 2026” Showcasing Thailand as One of the World’s Top Countdown Destinations

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 2 December 2025 – ICONSIAM, the global landmark on the Chao Phraya River, will host the “Amazing Thailand Countdown 2026”, a five-day festival from 27–31 December 2025 at River Park, celebrating its 7th anniversary and cementing Bangkok as a premier year-end destination.

SCG Partners with Rondo Energy To Launch ‘Southeast Asia’s First Industrial Heat Battery’, Unlocking 24-Hour Clean Energy Storage for Industry

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire – 2 December 2025 - SCG, through its subsidiary SCG Cleanergy, has joined hands with Rondo Energy, a leading U.S. developer of industrial heat battery technology, to launch Southeast Asia's first industrial heat battery at SCG's cement plant in Saraburi Province.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories