the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, December 7, 2025
25 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia Madani bukan slogan politik: KSN

Konsep Malaysia Madani adalah nilai kemanusiaan, bukan slogan politik, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

PUTRAJAYA: Konsep Malaysia Madani bukan slogan politik seperti anggapan segelintir individu, sebaliknya nilai kemanusiaan yang perlu ada pada setiap individu.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata persepsi itu tidak seharusnya wujud kerana menjejaskan usaha kerajaan memperkukuh nilai-nilai Madani pada semua lapisan masyarakat.

Beliau berkata perubahan amalan kerja lebih cekap melalui penggunaan teknologi juga merupakan satu daripada nilai Madani iaitu “Daya Cipta”.

“Kalau berada di jabatan, nampak bilik kosong tetapi penyaman udara berfungsi tutuplah. Itu kelestarian (nilai Kemampanan),” katanya.

“Jika dahulu semua bawa fail besar ke mesyuarat, saya kata bawa iPad (peranti) cukup. Itu namanya Daya Cipta. Jadi apa yang politik,” tambahnya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel forum pada Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2025 yang diadakan sempena program Rancakkan Madani di sini.

Bagi memperluas pemahaman mengenai konsep itu, beliau berkata Jabatan Perkhidmatan Awam telah memperkenalkan modul Malaysia Madani dengan setiap penjawat awam wajib mengikuti modul tersebut.

Konsep diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengandungi enam nilai teras, iaitu Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan dan Ihsan.

Malaysia Madani merupakan suatu ikhtiar secara bersepadu dan holistik untuk menjadikan segala dasar dan pelaksanaan di Malaysia lebih manusiawi.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories