the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, December 7, 2025
25 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia pergiat usaha pasaran baharu untuk lonjak perdagangan

Malaysia akan mempergiat usaha menembusi pasaran baharu di Eropah, Amerika Latin dan Afrika untuk memperkukuh kedudukan sebagai negara dagang berdaya saing.

PUTRAJAYA: Malaysia akan terus mempergiat usaha menembusi pasaran baharu untuk meningkatkan perdagangan dan memperkukuh kedudukan sebagai negara dagang yang berdaya saing.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara perlu menembusi pasaran seperti di Eropah, Amerika Latin dan Afrika untuk melonjakkan perdagangan.

“Saya ingin tegaskan, jangan pandang enteng soal ini (usaha perdagangan). Kita tidak boleh berjaya sebagai negara dagang kalau kita hanya menumpukan kepada rakan-rakan strategik sedia ada,” katanya.

Beliau berucap pada majlis perasmian penutup Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku di sini.

Anwar menekankan kepentingan usaha perdagangan dalam konteks hubungan antarabangsa negara.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories