the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, December 7, 2025
25.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan pertimbang wajibkan label ‘AI generated’ di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian – Fahmi

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mewajibkan pelabelan kandungan yang dihasilkan oleh kecerdasan buatan (AI) sebagai “AI generated” di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2024, yang dijangka berkuat kuasa pada hujung tahun ini.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata langkah itu penting bagi menangani penyalahgunaan AI, khususnya dalam media sosial, yang boleh digunakan untuk tujuan penipuan, penyebaran fitnah, dan penyamaran identiti.

“Mungkin kita akan pertimbangkan keperluan untuk pelabelan ini melalui Akta Keselamatan Dalam Talian, yang akan berkuat kuasa, Insya-Allah, hujung tahun ini. Kami juga melihat bahawa platform-platform digital perlu bersifat proaktif dalam melabelkan kandungan yang dihasilkan oleh AI sebagai AI generated content,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri program Institut Perhubungan Awam Malaysia (IPRM) YOU & AI: MEET@BANGSAR di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi Nik Kamaruzaman Nik Husin, Pengarah Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) Roslan Ariffin dan Presiden Institut Perhubungan Awam Malaysia (IPRM) Jaffri Amin.

Fahmi berkata beberapa platform media sosial telah mula melaksanakan pelabelan kandungan AI secara sukarela, dan inisiatif itu berpotensi untuk diperluas ke peringkat serantau melalui kerjasama dalam kalangan negara ASEAN.

Mengenai kebimbangan terhadap penyebaran video dan gambar palsu yang dihasilkan oleh AI, beliau berkata setakat ini tiada garis panduan kawal selia yang memuaskan di peringkat global.

Namun begitu, Fahmi berkata perbincangan aktif sedang dijalankan, termasuk oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU), berhubung perkara tersebut.

“Saya baru-baru ini menghadiri AI for Good Summit di Geneva, Switzerland, dan memang di peringkat PBB serta ITU, persoalan utama adalah siapa yang patut menghasilkan kawal selia?. Sudah pasti, di peringkat negara, Parlimen dan kementerian-kementerian seperti Kementerian Digital perlu memainkan peranan utama. Namun, setiap kementerian mempunyai tanggungjawab untuk menilai dan mengkaji penggunaan AI dalam sektor masing-masing,” katanya.

Terdahulu, Fahmi menegaskan bahawa AI tidak boleh menggantikan peranan manusia sepenuhnya. Beliau turut menekankan pentingnya generasi akan datang, khususnya Gen Alpha, untuk memahami manfaat, cabaran, dan batasan AI memandangkan mereka akan membesar dalam dunia yang dipenuhi kecerdasan buatan- BERNAMA

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Alfa Romeo Marks the Quadrifoglio Legacy with Exclusive Giulia and Stelvio Collezione Models

Alfa Romeo has introduced two highly exclusive creations, the Giulia Quadrifoglio Collezione and Stelvio Quadrifoglio Collezione, developed in tribute to one of the brand’s most enduring icons — the Quadrifoglio. The emblem, first painted onto Ugo Sivocci’s Alfa Romeo RL when he won the 1923 Targa Florio, became the mark of the brand’s racing machinery for decades. In 1963 it shifted from the circuit to the road with the Giulia Ti Super, and from then on it distinguished Alfa Romeo’s most powerful and exclusive road-going models.That pivotal year forms the inspiration for this new Collezione series, which has been limited to just 63 units worldwide. Two Giulia units have been earmarked for the UK, while the rest will be distributed across Europe, the Middle East, China and Japan.
spot_img

Popular Categories