the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, October 14, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

FAM sahkan Noor Azman tidak bersalah, kembali galas tugas

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

Setiausaha Agung FAM Noor Azman kembali bertugas serta-merta selepas jawatankuasa tatatertib mendapati beliau tidak terlibat dalam pemalsuan dokumen pemain warisan.

SETIAUSAHA Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Noor Azman kembali menggalas tugasnya berkuat kuasa serta-merta.

Beliau didapati tidak bersalah dan tidak terlibat dalam kes pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan skuad Harimau Malaya.

Perkara itu diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM yang bermesyuarat semalam.

Keputusan itu menamatkan penggantungan yang dikenakan ke atas Noor Azman sejak 17 Oktober lepas.

“Keputusan ini menunjukkan Datuk Noor Azman hanya terlibat dalam kecuaian pentadbiran dan tidak bersalah atau terlibat dalam pemalsuan dokumen,” menurut kenyataan FAM hari ini.

Jawatankuasa Tatatertib yang dipengerusikan Datuk Dr. Baljit Singh Sidhu mengambil kira tempoh penggantungan serta laporan Jawatankuasa Siasatan Bebas bertarikh 15 Disember 2025.

Sebelum ini, Jawatankuasa Eksekutif FAM pada 22 Disember lepas membincangkan laporan siasatan bebas.

Ia memutuskan penggantungan Noor Azman diteruskan sehingga kes dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib bagi tindakan lanjut.

Pada 17 Oktober lepas, Timbalan Presiden FAM Datuk S. Sivasundaram memaklumkan Noor Azman digantung serta-merta.

Penggantungan itu susulan keputusan tatatertib berkaitan isu dokumentasi tujuh pemain warisan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Nepal flood disaster: HSBC and Public Bank grant interest-free loan freezes

HSBC and Public Bank have agreed to waive interest, penalties and additional charges for six months on loans held by 54 Malaysians who remain missing after the devastating Nepal floods, easing the financial burden on their families amid prolonged uncertainty.

Man allegedly kidnapped, tortured and killed before body was buried in Semenyih

A 42-year-old self-employed man was allegedly abducted, tortured and murdered following a dispute with individuals believed to have links to gang-related activities, before his body was buried in Semenyih.

Most Viewed

spot_img