the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, February 6, 2026
21.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Dua beranak maut dalam kenderaan dipercayai akibat kebocoran gas

MELAKA: Dua beranak ditemukan maut dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dipercayai akibat kebocoran gas penyaman udara di Jalan Solok Hilir, Paya Rumput di sini tengah malam tadi.

Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata kejadian pada 12.24 tengah malam melibatkan Zabanah Abu Hussin, 57, dan anaknya Intan Nur Shafiqah Othman, 25, yang juga Orang Kurang Upaya (OKU).

Mangsa berasal dari Taman Kelemak Jaya, Alor Gajah dipercayai tertidur dan ditemukan orang awam yang menyedari mereka berada terlalu lama dalam kenderaan tersebut.

Dzulkhairi berkata siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan mayat dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

Sampel darah mangsa dihantar ke Jabatan Kimia untuk ujian dadah, alkohol dan karbon monoksida manakala kenderaan ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) untuk siasatan lanjut.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dengan siasatan lanjut diteruskan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories