Wednesday, November 5, 2025
21.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Pegawai imigresen simpan RM1.5 juta dalam Tabung Haji, ASB

The Sun Berita

PUTRAJAYA: Seorang pegawai Jabatan Imigresen dikesan menyimpan kira-kira RM1.5 juta dalam akaun miliknya serta keluarga hasil serbuan Op Rentas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur.

Hasil siasatan mendapati suspek mempunyai lebih RM1 juta dalam akaun Tabung Haji atas nama dirinya, isteri dan anak-anak.

Lebih RM400,000 pula disimpan dalam akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB).

SPRM turut merampas barang kemas bernilai anggaran RM60,000 serta wang tunai RM13,900 daripada suspek berkenaan.

Dalam operasi sama, SPRM Kuala Lumpur merampas wang tunai berjumlah RM150,000 termasuk RM125,000 yang ditemukan di atas bumbung rumah seorang pegawai wanita.

Barangan kemas bernilai RM15,000 turut dirampas daripada pegawai wanita tersebut.

Seorang lagi suspek wanita dikesan menyimpan barang kemas bernilai RM80,000 serta wang tunai RM41,470 dan 13,300 baht.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata ketiga-tiga suspek dipercayai bersekongkol dengan sindiket counter setting.

Mereka disyaki menerima rasuah sebagai balasan untuk memudahkan urusan kemasukan warga asing ke negara ini tanpa mengikut prosedur ditetapkan.

“Op Rentas telah dijalankan serentak di empat negeri oleh Bahagian Perisikan SPRM sejak Selasa lepas,“ katanya. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Negeri Sembilan sees slight rise in student criminal cases

Negeri Sembilan police report a minor increase in student-related crimes, with bullying and sexual offences among the main concerns, but authorities say the situation remains under control.
spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img