the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 11, 2026
26.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan boleh tarik balik STR jika maklumat pemohon tidak tepat

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Kementerian Kewangan memberi amaran bantuan seperti STR boleh ditarik balik jika pemohon beri maklumat palsu, dengan semakan suku tahunan dijalankan.

PUTRAJAYA: Kerajaan berhak menarik balik sebarang bantuan termasuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sekiranya pemohon mengemukakan maklumat tidak tepat.

Kementerian Kewangan (MoF) memaklumkan setiap permohonan STR melalui pelbagai proses semakan dan verifikasi dengan agensi berkaitan.

Semakan berkala turut diadakan setiap suku tahun untuk menyemak rekod pemilikan kediaman, kenderaan, perniagaan serta rekod bekerja atau menetap di luar negara pemohon.

BACA: Bantuan SARA RM100, STR fasa satu sehingga RM500 dikreditkan Januari

“Sekiranya didapati wujud maklumat palsu atau tidak tepat, tindakan undang-undang boleh diambil,” menurut kenyataan MoF.

Kenyataan itu menegaskan kerajaan juga berhak menarik balik mana-mana bantuan yang diluluskan sekiranya berlaku ketidakpatuhan.

Terdahulu, tular dakwaan seorang individu layak menerima STR meskipun memiliki hasil sewaan enam rumah.

MoF turut memaklumkan peruntukan keseluruhan untuk STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi tahun ini berjumlah RM15 bilion.

Jumlah itu merupakan peruntukan tertinggi dalam sejarah Kerajaan Persekutuan.

Peruntukan besar itu susulan penyusunan semula pemberian STR dan SARA sebagai inisiatif Kerajaan MADANI.

SARA menyediakan bantuan asas berterusan kepada 8 juta individu, termasuk 400,000 golongan miskin dan miskin tegar.

STR pula diberi sebagai bantuan tambahan secara suku tahunan kepada isi rumah dan warga emas berpendapatan RM5,000 ke bawah.

“Pendekatan bersepadu ini memastikan bantuan bersasar dapat disalurkan secara lebih teratur, stabil dan berkesan,” menurut kenyataan itu.

MoF turut memaklumkan sebanyak RM1.1 bilion diperuntukkan untuk STR Fasa Satu tahun ini.

Bantuan itu akan mula disalurkan pada Selasa depan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings