the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, January 15, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

KSN seru tingkat komunikasi kerajaan, kurangkan bahasa Putrajaya

Ketua Setiausaha Negara mahu komunikasi kerajaan dipertingkatkan, kurangkan istilah formal selepas tinjauan mendapati 46% tidak sedar inisiatif MADANI

PUTRAJAYA: Aspek komunikasi kerajaan perlu dipertingkatkan agar semua inisiatif yang dilaksanakan difahami sepenuhnya oleh rakyat, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Beliau berkata adalah penting untuk kementerian dan jabatan memastikan maklumat sampai dengan jelas dan mengurangkan penggunaan istilah formal atau “bahasa Putrajaya” yang sukar difahami.

“Contohnya masa kita buat ulang tahun ketiga Kerajaan MADANI di Putrajaya (Disember lepas), kita telah buat bersemuka (soal selidik) dengan yang hadir. Jadi, 46 peratus kata dia tak sedar pun dengan inisiatif kerajaan walaupun tiga tahun kita dah buat,” katanya.

“Maknanya itu menunjukkan bahawa komunikasi kita agak lemah. Jadi, tahun ini kita kena tingkatkan komunikasi kita. Dan satu lagi saya selalu katakan, kita kena kurangkan penggunaan bahasa Putrajaya.”

Dalam amanatnya, Shamsul Azri berkata hala tuju perkhidmatan awam bertemakan ‘Mempercepat Pelaksanaan, Memperhebat Reformasi’ menuntut keputusan pantas, proses yang dipermudah dan keupayaan menterjemahkan dasar kepada tindakan tanpa kelewatan.

“Memperhebat reformasi pula bererti memastikan usaha pembaharuan tidak terhenti pada perubahan prosedur semata-mata, tetapi benar-benar mengubah cara berfikir, cara bekerja dan cara kita berkhidmat,” katanya.

Beliau turut menetapkan agar pada tahun ini, 500 projek di bawah inisiatif Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) harus diselesaikan.

Untuk itu, beliau meminta Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), sekretariat Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) dan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) agar memantau pelaksanaannya.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

TUMI Celebrates the Year of The Horse with A Limited-Edition Collection

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 15 January 2026 - International travel, lifestyle, and accessories brand TUMI celebrates the Year of the Horse with its 2026 Lunar New Year Collection.
spot_img

Popular Categories