the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
23.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

186 saksi telah dirakam keterangan dalam siasatan kebakaran saluran gas – Polis

KUALA LUMPUR: Polis telah merakam keterangan 186 saksi dalam siasatan insiden kebakaran saluran gas Putra Heights, Subang Jaya setakat ini, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.

Beliau berkata selain membabitkan 138 mangsa kebakaran itu, polis turut merakam keterangan enam wakil Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, seorang wakil Pejabat Tanah dan Galian serta wakil daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Petronas, Majlis Bandaraya Subang Jaya, Kementerian Kesihatan, pakar Universiti Kebangsaan Malaysia dan pemaju serta kontraktor.

“Sebanyak 774 laporan polis juga telah diterima berkaitan insiden ini setakat 8 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Hussein berkata pihak Petronas Gas Berhad, Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan kini sedang melakukan kerja-kerja pembaikan di lokasi ground zero.

“Unit Dron Pasukan Gerakan Udara PDRM meneruskan tinjauan udara waktu malam di lokasi ground zero bagi membantu Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) memantau kerja-kerja penyelenggaraan di kawasan bencana,” katanya.

Dalam pada itu, Hussein berkata Op Mega Pembersihan yang memasuki hari kedua hari ini dijalankan di kawasan Taman Putra Harmoni dan Kampung Kuala Sungai Baru, yang telah disahkan selamat oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor dan JKR.

Beliau berkata 137 pegawai dan anggota PDRM terlibat dalam operasi pembersihan itu dengan 40 orang dalam penugasan kawalan keselamatan manakala 97 orang dalam penugasan pembersihan.

Kebakaran saluran gas pada 8.10 pagi, 1 April lepas itu menyebabkan api marak setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah lebih 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Kiatisuk Senamuang’s legacy lives On as Asean Hyundai Cup celebrates 30 years

SINGAPORE, June 18: Few figures have left a greater mark on the ASEAN Championship, now known as the ASEAN Hyundai Cup™ 2026, than Thailand legend Kiatisuk Senamuang.Known affectionately as “Zico”, the former striker has played a central role in five of Thailand’s record seven regional titles, first as a player and later as a coach, cementing his place among Southeast Asian football’s all-time greats.Kiatisuk announced himself on the regional stage in the inaugural tournament in 1996 when, at just 23, he scored the decisive goal against Malaysia in the final before celebrating with his trademark backflip.His thunderous strike past Malaysian goalkeeper Khairul Azman Mohamed remains one of the most iconic moments in the competition’s history.Former Thailand team manager Thawatchai Sajakul, who oversaw the side during that maiden triumph, described Kiatisuk as the country’s greatest modern-era footballer.“He is the best player Thailand has produced in the modern era,” said Thawatchai.

US and Iran set for talks as Lebanon conflict threatens deal

The first round of negotiations between the United States and Iran since the two sides signed a preliminary agreement to halt their war is due to begin in Switzerland, with the conflict in Lebanon threatening the deal.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings