the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, susulan minit mesyuarat Rizab Persekutuan (Fed) AS menunjukkan pegawai Fed berlainan pendapat sama ada untuk mengurangkan kadar faedah sebanyak 0.5 mata pada September, membayangkan penurunan lebih kecil pada masa depan, kata seorang penganalisis.

Pada pukul 8 pagi, mata wang tempatan merosot kepada 4.2875/3005 berbanding dolar US, daripada 4.2800/2830 ketika ditutup pada Rabu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata minit mesyuarat Fed yang didedahkan malam tadi menunjukkan bahawa ahlinya lebih suka pendekatan secara beransur-ansur untuk melonggarkan dasar monetari kerana ekonomi AS bertahan dengan baik walaupun terpaksa berdepan dengan dasar monetari ketat.

“Sehubungan itu, nampaknya penurunan 50 mata asas dalam mesyuarat akan datang pada November tidak akan berulang. Minit mesyuarat Fed telah meningkatkan nilai dolar AS dengan Indeks Dolar AS (DXY) meningkat 0.37 peratus kepada 102.928 mata.

“Oleh itu, peniaga dan pelabur akan menunggu pengumuman indeks harga pengguna AS malam ini dengan inflasi utama dijangka meningkat sebanyak 2.3 peratus pada September daripada 2.5 peratus (pada Ogos) manakala inflasi teras akan dikekalkan pada 3.2 peratus,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam menjangkakan ringgit akan melemah berikutan permintaan lebih baik untuk dolar US.

Bagaimanapun, ringgit didagangkan tinggi berbanding mata wang utama.

Unit tempatan naik berbanding euro kepada 4.6914/7056 daripada 4.6939/6972 ketika ditutup semalam, meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.8752/8841 daripada 2.8792/8815 namun merosot berbanding pound Britain kepada 5.6038/6208 daripada 5.6012/6052 sebelumnya.

Sementara itu, mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang negara ASEAN.

Ringgit naik berbanding baht Thailand kepada 12.7886/8354 daripada 12.8010/8157 semalam dan menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.2797/2901 daripada 3.2822/2848, bagaimanapun ia berkurangan berbanding peso Filipina kepada 7.52/7.55 daripada 7.50/7.52 pada penutupan semalam, merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 274.2/275.2 daripada 273.8/274.1 ketika ditutup semalam.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Netvigator wins Six Ookla® Speedtest® awards again

HKT's Netvigator has once again secured six Ookla Speedtest awards in the first half of 2026, reaffirming its leadership in fixed broadband performance. The provider also earned its first recognition as Hong Kong's Most Consistent Fixed Network while continuing to expand its F5G-A Super Broadband network.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings