the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
30.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ugutan bunuh: Ketua Pemuda Umno buat laporan polis

JASIN: Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, berhubung ugutan bunuh yang diterimanya pagi tadi.

Dr Muhamad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau dan Exco Melaka berkata laporan yang dibuat kira-kira 5 petang tadi, adalah bagi melindungi keselamatan diri dan keluarga daripada ancaman.

“Saya fikir ia perkara yang serius untuk saya melindungi keselamatan ahli keluarga, walaupun pada mulanya saya tak nak buat.

“Kita tunggu apa keputusannya selepas ini dan berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan,” katanya kepada media selepas membuat laporan tersebut.

Dr Muhamad Akmal berkata meskipun menerima ugutan sebegitu, beliau tidak akan berganjak walaupun seinci dalam isu kalimah Allah pada stoking baru-baru ini.

Beliau berkata perkara itu bukan isu politik dan perkauman, tetapi isu bagaimana umat Islam mempunyai tanggungjawab untuk membela agama daripada dihina.

“Walaupun dengan ugutan yang ada ini, saya tidak akan berganjak walau seinci dengan pendirian kami,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Ahmad Jamil Radzi mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Terdahulu dalam satu video yang dimuat naik di Facebook, Dr Muhamad Akmal mendakwa ugutan bunuh itu dimaklumkan oleh seorang individu tidak dikenalinya, ketika dalam perjalanan ke satu program di Lipat Kajang, di sini pagi Selasa (Mac 26).

Ia dipercayai mempunyai kaitan dengan kelantangan beliau dalam memperkatakan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah sejak kebelakangan ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings