the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 9, 2026
28 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Broker didakwa tipu berhubung pembelian landasan kereta api terpakai

KUALA LUMPUR: Seorang broker mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang pengarah syarikat perniagaan barang lusuh berhubung pembelian landasan kereta api terpakai sehingga menyebabkan kerugian RM210,000, dua tahun lepas.

Chin Kok Wei, 43, didakwa menipu K. Poobalan, 62, dengan memperdayakannya untuk mempercayai dia akan mendapatkan besi landasan kereta api terpakai sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang tunai RM210,000.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Nove Metal Recycling Sdn Bhd, Jalan Sungai Besi, Cheras pada 4.11 petang, 14 Nov 2022 dan dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abd Razak menawarkan jaminan RM100,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Peguam Mohamed Tahir A. Rahman yang mewakili Chin bagaimanapun memohon jaminan rendah dikenakan kepada anak guamnya memandangkan dia tidak mempunyai pendapatan tetap selain menanggung ibu bapa serta isteri yang tidak bekerja.

Hakim Azrul Darus kemudian membenarkan Chin diikat jamin RM25,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan seperti dipohon pendakwaan dan menetapkan 22 Mac ini untuk sebutan semula kes. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Railtown AI Announces Service-Led Commercialization Strategy to Accelerate AI Adoption Among Canadian SMEs

Vancouver, British Columbia - Newsfile Corp. - July 8, 2026 - Railtown AI Technologies Inc. (CSE: RAIL) (OTCQB: RLAIF) ("Railtown" or the "Company"), a Canadian-based AI developer tools and agentic orchestration company today announced the launch of its Service-Led Commercialization Strategy, a long-term growth initiative designed to accelerate artificial intelligence adoption among Canadian small and medium-sized enterprises ("SMEs") while expanding recurring software revenue through the deployment of the Company's proprietary AI technologies.

18 women coaches join Fifa scholarship programme

A total of 18 women coaches from across Malaysia have been selected for the Fifa Coaching Education Scholarship Programme to strengthen women's football coaching development

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings