the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
31.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mahkamah tolak permohonan 1MDB untuk pindahkan kes Riza Shahriz di hadapan hakim lain

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi memindahkan kes samannya terhadap Riza Shahriz Abdul Aziz (gambar), anak tiri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang didakwa menyalahgunakan dana berjumlah US$250 juta bagi menerbitkan filem dan membeli hartanah, supaya didengar di hadapan hakim lain.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan turut mengarahkan 1MDB supaya membayar kos RM5,000 kepada Riza Shahriz serta dua syarikatnya, Red Granite Pictures Incorporated dan Red Granite Capital Limited.

1MDB memohon agar kes itu didengar bersama-sama satu lagi saman yang difailkan terhadap Najib dan tujuh lagi di hadapan Hakim Atan Mustaffa Yussof Ahmad.

Turut hadir pada prosiding hari ini ialah peguam Rabindra S.Nathan dan Lim Jun Rui yang mewakili 1MDB serta tiga anak syarikatnya iaitu 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited dan 1MDB Energy (Langat) Limited.

Peguam Muhammad Farhan Muhammad Shafee dan Genevieve Vanniasingham pula mewakili Riza Shahriz serta kedua-dua syarikatnya.

Muhammad Farhan ketika dihubungi turut mengesahkan perkara itu dan berkata pendengaran saman tersebut akan diteruskan pada Oktober depan sebagaimana yang ditetapkan sebelum ini di hadapan Raja Ahmad Mohzanuddin.

Pada 7 Mei 2021, 1MDB dan tiga anak syarikatnya telah memfailkan saman terhadap Riza Shahriz dan dua syarikatnya atas dakwaan menerima dana kira-kira US$248 juta yang disalah guna untuk kepentingan peribadi termasuk membiayai penerbitan filem dan membeli pelbagai hartanah.

Plaintif memohon deklarasi bahawa Riza Shahriz bertanggungjawab menyalahgunakan dana itu dan menuntut agar ia dibayar balik.

Riza Shahriz dan dua syarikatnya dalam pernyataan pembelaan yang difailkan pada 25 Okt 2021 mendakwa telah mendapat pinjaman daripada keluarga diraja Arab Saudi atau International Petroleum Investment Company untuk menerbitkan beberapa filem di Amerika Syarikat.

Riza Aziz mendakwa sukar bagi penerbit filem yang tidak dikenali untuk memperoleh pinjaman daripada bank, oleh itu beliau terpaksa mendapatkan dana daripada individu atau syarikat.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

TCL Supports “2026 Olympic Day cum Aichi-Nagoya Asian Games Fun Run”, Celebrating the Olympic...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 28 June 2026 - TCL, as a Worldwide Olympic Partner, proudly supported the "2026 Olympic Day cum Aichi-Nagoya Asian Games Fun Run", organised by the Sports Federation & Olympic Committee of Hong Kong, China, joining more than 2,500 members of the public and athletes in celebrating International Olympic Day and showing support for Hong Kong athletes competing in the Asian Games.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings