the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Fahmi: Galak kanak-kanak baca buku kepelbagaian kaum, agama untuk faham, rai perbezaan

KUALA LUMPUR: Kanak-kanak perlu didedahkan dengan budaya membaca terutama buku mengenai kepelbagaian kaum dan agama di negara ini sebagai usaha melahirkan generasi berpengetahuan dan meraikan perbezaan.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata usaha itu bagi membuka peluang mereka memahami kisah komuniti berbeza di negara ini sekali gus memupuk semangat perpaduan yang membawa negara ke hadapan.

“Kita perlu ambil peluang ini untuk mendalami cerita komuniti yang berbeza di negara kita sendiri dan dari situ kita boleh memahami dan meraikan perbezaan sejak kecil lagi,” katanya kepada pemberita di Wisma Bernama hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Jom Baca Bersama 10 Minit@Bernama: Pembacaan Melestarikan Perpaduan yang diadakan dengan kerjasama Kedutaan Sweden di Malaysia sempena Hari Buku dan Hari Hak Cipta Sedunia yang disambut pada setiap 23 April.

Fahmi berkata dalam era digitalisasi, beliau memahami cabaran ibu bapa untuk menggalakkan budaya membaca buku dalam kalangan kanak-kanak kerana mereka telah didedahkan dengan peranti dan alat komunikasi sejak awal usia.

Namun ibu bapa perlu memainkan peranan untuk menarik minat mereka dan meluangkan masa bersama untuk membaca buku.

“Saya rasa untuk anak-anak saya pun kadang nak mengarahkan mereka membaca buku tak mudah tetapi ia bermula dengan nasihat ibu bapa yang melarang menggunakan peranti.

“Kita perlu mula belikan buku, ada budaya pegi ke kedai buku, luangkan masa bersama dan cari buku yang mereka minat, jadi buku-buku itu akhirnya bila kita minta tak main peranti, jadi mereka akan buka buku-buku ini,” katanya.

Terdahulu Fahmi menyertai murid dan guru dari Sri Aria School serta warga Bernama meluangkan masa membaca buku pilihan masing-masing selama 10 minit di lobi Wisma Bernama.

Turut menyertai program itu ialah Duta Sweden ke Malaysia Dr Joachim Bergstrom, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli, Pengerusi Bernama Datuk Seri Wong Chun Wai, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bernama Nur-ul Afida Kamaludin dan Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DFI Retail Group to Announce 2026 Half Year Financial Results and Host Analyst Presentation...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - DFI Retail Group Holdings Limited will announce its 2026 Half Year Results after market close on 28 July 2026, followed by an analyst presentation live webcast on 29 July 2026.

PH cautious over potential vote shift in seats not contested by PN

Pakatan Harapan (PH) is taking a cautious approach in facing contests in the 23 constituencies where Perikatan Nasional (PN) is not fielding candidates in the Johor state election.

Kai Tak Sports Park Claims Top Honour

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The winners of the Quality Building Award 2026 (QBA 2026) were announced and presented at a ceremony held last Friday (26 June) at the Hong Kong Convention and Exhibition Centre.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings