the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua pengarah syarikat didakwa tipu jual beli pasir babitkan wang RM1.2 juta

KUALA LUMPUR: Dua pengarah syarikat perlombongan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang lelaki dalam urusan jual beli pasir membabitkan wang berjumlah RM1.2 juta, tujuh tahun lepas.

See Chew Hoon, 47, dan Ng Lee Teong, 55, bersama-sama Kok Chung Fui, 50, yang telah dituduh, didakwa dengan niat bersama menipu Loh Yee Meng, 43, dengan memperdayakannya dalam urusan perniagaan jual beli pasir sehingga mendorong lelaki itu menyerahkan wang berkenaan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah hotel di Persiaran Hampshire, Jalan Ampang di sini antara 27 Ogos hingga 26 Okt 2017.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara tidak kurang dari setahun dan maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Akmalzatul Mohamed Nawi menawarkan jaminan RM300,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dan memohon pasport kedua-dua mereka diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Peguam Datuk Joy W.Appukuttan yang mewakili dua tertuduh itu memohon jaminan RM20,000 kerana mereka perlu menanggung keluarga.

Hakim Datin Sabariah Othman yang menetapkan sebutan kes pada 23 Mei membenarkan jaminan RM80,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh selain mereka perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali sehingga kes selesai.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Ladies here, you need to respect them’ – French travel show highlights Rapid KL’s...

“You might see a group of women trying to push you out of the train!” the commuter laughed. “But in the worst-case scenario, you could be reported. They could pull the alarm, report you to an officer on the platform, and the officer would ask you to leave.”

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings