the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, October 14, 2026
27 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pemandu, penumpang selamat kereta mewah terbakar di Gurun

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

ALOR SETAR: Seorang pemandu dan penumpang sebuah kereta mewah berdepan detik cemas apabila kereta yang dinaiki mereka terbakar di tepi jalan di Kilometer 82, Lebuhraya Utara Selatan, dekat Gurun, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fauzi Razali berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 3.18 petang.

“Maklumat awal yang diterima, kebakaran melibatkan sebuah kereta mewah jenis Mercedes Benz yang terbakar hampir 90 peratus di tepi jalan lebuh raya.

“Difahamkan, sebelum kejadian pemandu dan penumpang itu melihat asap keluar dari kereta berkenaan sebelum pemandu memberhentikan kereta di tepi jalan dan keluar dari kereta sebelum ia terbakar sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata api berjaya dikawal pada 3.50 petang.

“Usaha pemadaman dilakukan sembilan anggota dari BBP Guar Chempedak dengan menggunakan dua jentera dan pemadaman tamat sepenuhnya pada 4.08 petang,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img