the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
28.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pekerja hotel ditahan berhubung pembunuhan wanita Uzbekistan di Selatan India

NEW DELHI: Polis India telah menahan dua pekerja hotel berhubung pembunuhan seorang wanita Uzbekistan yang melawat hab perniagaan di selatan Bengaluru.

Wanita berusia 27 tahun itu tiba di bandar berkenaan pada 5 Mac dan ditemui mati di dalam bilik hotelnya pada 13 Mac.

Polis pada Jumaat menahan dua lelaki berhubung pembunuhan itu, menurut laporan media tempatan.

Suspek – dalam lingkungan usia 20-an dan berasal dari negeri timur laut Assam – menyangka wanita itu membawa banyak wang tunai dan mahu menjadi kaya dengan cepat dengan merompaknya.

Polis menemukan semula sebuah telefon bimbit curi dan wang tunai 20,000 rupee (RM1,135) daripada mereka. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Venezuela earthquake rescue efforts hampered as death toll rises to 235

Buildings cracked, crumbled, and tilted precariously after the quakes,...

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings