the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Gelombang sejuk landa beberapa negeri di utara India, kabus jejas penerbangan, tren

NEW DELHI: Gelombang sejuk melanda beberapa negeri di utara India, termasuk di New Delhi, pada Jumaat, menurut pegawai.

Kabus tebal di beberapa bahagian menyebabkan gangguan perjalanan trafik udara dan kereta api, lapor Xinhua.

Pada pagi Jumaat, stesen cuaca utama New Delhi di Safdarjung merekodkan suhu minimum 9.4 darjah Celsius, lebih sejuk daripada purata biasa pada 2.5 darjah Celsius.

“Keadaan sejuk hingga sejuk melampau mungkin berterusan di beberapa bahagian Punjab, Haryana, Chandigarh, New Delhi dan Rajasthan dalam tempoh dua hari akan datang sebelum turun dengan ketara selepas itu.

“Kabus tebal hingga sangat tebal berkemungkinan berterusan di barat laut India dalam tempoh dua hari akan datang dan beransur-ansur berkurangan selepas itu,“ menurut Jabatan Meteorologi India (IMD).

Gelombang sejuk pada Jumaat menyebabkan kelewatan perjalanan hampir dua dozen kereta api selain menjejaskan operasi penerbangan.

Pegawai berkata 22 kereta api dari dan ke New Delhi lewat berikutan keadaan berkabus manakala beberapa perkhidmatan lagi ditangguhkan melebihi empat jam.

“Operasi penerbangan ke dan dari Jaipur, Patna dan Amritsar terjejas akibat cuaca buruk,“ menurut syarikat penerbangan swasta IndiGo dalam satu kenyataan.

IMD berkata kabus tebal mungkin menjejaskan beberapa lapangan terbang, lebuh raya dan laluan kereta api di kawasan yang terjejas.

Seain itu, IMD berkata pendedahan terlalu lama kepada kabus tebal boleh menyebabkan masalah pernafasan bagi penghidap asma bronkitis dan masalah kesihatan lain yang berkaitan paru-paru. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings