the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, December 10, 2025
24.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sultan Nazrin hadiri Eksesais Lembing Sakti 2025 di Lumut

LUMUT: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat menghadiri Eksesais LEMBING SAKTI 2025 berlangsung di Lapang Sasar Tanjung Hantu, di sini hari ini.

Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Pada majlis berkenaan, baginda berdua diberikan taklimat keselamatan diikuti sesi bergembar serta demonstrasi tembakan roket secara langsung.

Hadir sama Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad, Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Datuk Seri Muhammad Hafizuddeain Jantan serta Duta Amerika Syarikat ke Malaysia Edgard D Kagan.

Tentera Darat Malaysia memaklumkan keberangkatan baginda berdua mencerminkan sokongan padu institusi diraja terhadap kesiapsiagaan pertahanan negara. — LAGI

“Eksesais LEMBING SAKTI 2025 membuktikan keupayaan taktikal serta komitmen berterusan Angkatan Tentera Malaysia dalam memperkukuh kesiapsiagaan tempur dan keupayaan pertahanan negara.

“Inisiatif ini juga selari dengan usaha memperkukuh jaringan kerjasama pertahanan serantau melalui penglibatan negara sahabat, dalam menjamin kestabilan serta keselamatan strategik di rantau ini, “ menurut kenyataan itu.

Antara objektif utama eksesais tersebut adalah menguji kesiagaan tempur dan keberkesanan sistem senjata artileri roket serta meningkatkan keupayaan kerjasama antara agensi dalam operasi gabungan darat-laut-udara.

Eksesais tersebut juga berperanan sebagai platform pendedahan terhadap taktik dan prosedur terkini dalam penggunaan High Mobility Artillery Rocket System (HIMARS) di samping pelaksanaan Complete Round Proof (CRP) oleh 40 Markas Kejuruteraan Peluru Kor Ordnans Diraja (MKP KOD) bersama pihak Institut Pendidikan Sains Dan Teknologi Pertahanan (STRIDE).

Eksesais tersebut melibatkan penggunaan peluru berpandu SS-30 dan SS-40 oleh pasukan Briged Artileri Roket, serta pelibatan sistem persenjataan canggih seperti Artillery Saturation Rocket System (ASTROS), HIMARS, Artillery Hunting Radar (ARTHUR), Unmanned Aircraft System (FLYEYE) dan turut melibatkan KD MAHAWANGSA.

Ia turut menyaksikan kerjasama strategik antara Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Gerakan Marin serta pelbagai agensi awam lain – BERNAMA

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Hang Lung Expands Retail Portfolio in Wuxi, Marking Another Milestone of Their V.3 Strategy

ONG KONG AND SHANGHAI - Media OutReach Newswire - 9 December 2025 - Hang Lung Properties Limited (SEHK Stock Code: 00101) ("Hang Lung" or the "Company") today announced a partnership with Wuxi Liangxi City Development Group Co., Ltd.* to secure a long-term operating lease for a landmark commercial redevelopment project in central Wuxi.
spot_img

Popular Categories