the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
28.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pengarah urusan didakwa kemuka tuntutan palsu untuk insentif Penjana Kerjaya

KUANTAN: Seorang pengarah urusan bagi dua syarikat didakwa sekali lagi di Mahkamah Sesyen di sini hari ini bagi 14 pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu insentif Program Penjana Kerjaya 2.0 daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) berjumlah RM152,200, dua tahun lepas.

M.Sentil Kumar (gambar), 38, mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan berkenaan.

Dia didakwa menyerahkan borang pengesahan pekerja bagi menuntut insentif program berkenaan antara RM3,500 dan RM31,600 bagi 21 individu yang bukan pekerja syarikat Global Tech (S) Auto Supply serta Global Green Soil Plantation di Wisma Perkeso di sini, pada 27 Mei dan 24 Jun 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai butiran palsu atau RM10,000 mengikut mana-mana nilai lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Lelaki itu juga mengaku tidak bersalah terhadap 14 pertuduhan pilihan iaitu menggunakan dokumen palsu sebagai tulen mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan serta boleh dihukum mengikut Seksyen 465 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rifah Izzati Abdul Mutalif mencadangkan jaminan sebanyak RM55,000 bagi kesemua pertuduhan dengan syarat tambahan perlu melapor diri setiap bulan di pejabat SPRM dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Peguam T. Vijaya Sandran yang mewakili Sentil Kumar memohon jaminan munasabah dikenakan memandangkan tertuduh sudah membayar jaminan bagi kes sebelum ini dan patuh pada syarat tambahan dikenakan iaitu melapor diri setiap bulan di SPRM dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain kemudiannya menetapkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM55,000 dengan seorang penjamin dan membenarkan kesemua syarat tambahan serta 22 Dis ditetapkan untuk sebutan kes bagi serahan dokumen.

Pada 24 Okt lepas, tertuduh turut mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu untuk insentif Program Penjana Kerjaya 2.0 daripada Perkeso berjumlah RM59,560, dua tahun lepas. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Venezuela earthquake rescue efforts hampered as death toll rises to 235

Buildings cracked, crumbled, and tilted precariously after the quakes,...

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings