the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

AFAFGIT mula 1 Jan depan

PUTRAJAYA: ASEAN Framework Agreement on the Facilitation of Goods in Transit (AFAFGIT) yang memudah cara pergerakan kenderaan barangan transit merentas sempadan di kalangan negara anggota ASEAN akan mula dilaksanakan di Semenanjung Malaysia pada 1 Jan depan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke (gambar) berkata pelaksanaan AFAFGIT di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pula akan bermula setelah penyertaan Brunei, Indonesia dan Filipina dalam Sistem Transit Kastam ASEAN (ACTS).

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pasukan Petugas Logistik Kebangsaan (NLTF), di sini, hari ini.

ACTS merupakan sistem perisian elektronik yang dibangunkan bagi pengoperasian AFAFGIT yang mengguna pakai satu kenderaan, satu jaminan dan satu pengikraran transit.

Ia untuk memudah cara pergerakan barangan dalam transit merentasi sempadan negara-negara ASEAN bermula daripada negara asal, negara transit dan negara destinasi tanpa membuat pengikraran semula atau menukar kenderaan di negara yang dilalui.

Pada 16 Dis 1998, negara anggota ASEAN menandatangani AFAFGIT untuk tujuan fasilitasi pengangkutan dan perdagangan dalam usaha menyokong pelaksanaan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA).

Loke berkata kerajaan semalam telah mewartakan dua perundangan subsidiari iaitu Peraturan-Peraturan Pengangkutan Awam Darat (Peredaran Antarabangsa)(Kenderaan Barangan Rentas Sempadan ASEAN) 2023 dan Kaedah-Kaedah Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Peredaran Antarabangsa) (Kenderaan Barangan Rentas Sempadan ASEAN) 2023 bagi tujuan pelaksanaan AFAFGIT.

Selaras dengan ketetapan AFAFGIT, agensi kompeten domestik setiap negara anggota ASEAN layak mengeluarkan 500 permit Kenderaan Barangan Rentas Sempadan ASEAN ( AGVCB) berdasarkan terma dan syarat yang ditetapkan dan bilangan permit itu boleh dipertingkat dengan persetujuan semua negara anggota ASEAN, katanya.

Loke berkata Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dilantik sebagai agensi yang akan mengeluarkan permit AGVCB di Malaysia, manakala Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan mengoperasikan dan bertanggungjawab ke atas sistem ACTS.

“Syarikat pengusaha kenderaan barangan tempatan yang memenuhi syarat boleh mengemukakan permohonan secara dalam talian kepada APAD dari 1 Januari 2024,“ katanya.

Loke berkata pelaksanaan AFAFGIT akan mengubah landskap sektor logistik negara secara drastik di mana aliran pergerakan kargo dan kenderaan perdagangan di kalangan negara ASEAN akan dilaksanakan secara tanpa halangan dengan penyelarasan proses pelepasan barangan dan kenderaan di sempadan, sekali gus merancakkan jumlah perdagangan negara khususnya dengan negara anggota ASEAN.

Dalam perkembangan lain, Loke berkata prosedur operasi standard (SOP) untuk penahanan, pemeriksaan dan pelepasan kontena akan diperluaskan kepada pelabuhan-pelabuhan Persekutuan yang lain bagi meningkatkan produktiviti pelabuhan dan daya saing negara bermula 1 Jan depan.

Kementerian Pengangkutan pada 1 Mei 2022 telah membangun dan menguatkuasakan SOP untuk penahanan, pemeriksaan dan pelepasan kontena bagi mengatasi kelewatan pelepasan kargo di pelabuhan-pelabuhan Persekutuan di mana projek rintis bagi pelaksanaan SOP berkenaan telah dilaksanakan di Pelabuhan Klang.

Loke berkata penahanan kontena oleh Agensi Kerajaan Lain (OGA) atau Agensei Pengeluar Permit (PIA) telah memberikan implikasi kepada daya saing negara dan produktiviti pelabuhan, selain menyebabkan komuniti pedagang mengalami kerugian dalam jumlah yang besar.

Berdasarkan SOP yang dibangunkan, OGA atau PIA perlu melepaskan kontena dalam masa tiga hari kecuali kontena terbabit disita atau memerlukan pemeriksaan lanjut berdasarkan keperluan undang-undang, katanya.

“Sebelum penguatkuasaan SOP, hanya 70 peratus hingga 75 peratus kontena sahaja dilepaskan selepas pemeriksaan dalam tempoh tiga hari bekerja. Walau bagaimanapun, sejak penguatkuasaan SOP, OGA atau PIA melepaskan kontena yang ditahan dalam masa tiga hari dengan pelepasan kontena mencecah tahap 92 peratus untuk tempoh 1 Mei 2022 sehingga 31 Ogos 2023 di Pelabuhan Klang,“ katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DFI Retail Group to Announce 2026 Half Year Financial Results and Host Analyst Presentation...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - DFI Retail Group Holdings Limited will announce its 2026 Half Year Results after market close on 28 July 2026, followed by an analyst presentation live webcast on 29 July 2026.

PH cautious over potential vote shift in seats not contested by PN

Pakatan Harapan (PH) is taking a cautious approach in facing contests in the 23 constituencies where Perikatan Nasional (PN) is not fielding candidates in the Johor state election.

Kai Tak Sports Park Claims Top Honour

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The winners of the Quality Building Award 2026 (QBA 2026) were announced and presented at a ceremony held last Friday (26 June) at the Hong Kong Convention and Exhibition Centre.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings