the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mahkamah tolak semakan kehakiman Kayveas batal pelantikan Maglin sebagai Presiden MYPPP

KUALA LUMPU: Tan Sri M. Kayveas (gambar) hari ini gagal memperoleh kebenaran Mahkamah Tinggi di sini untuk memulakan semakan kehakiman bagi membatalkan pelantikan Datuk Seri Maglin Dennis D’Cruz sebagai Presiden Parti Progresif Penduduk Malaysia (myPPP).

Peguam Persekutuan Muhammad Hairuliqram Hairuddin mewakili Jabatan Peguam Negara (AGC) ketika dihubungi berkata Hakim Datuk Amarjeet Singh menolak permohonan Kayveas, 69, menerusi e-mel.

Peguam Syereen Tang, yang mewakili Kayveas mengesahkan perkara itu.

Pada 2 Ogos lepas, AGC membantah permohonan kebenaran semakan kehakiman antaranya atas alasan isu dibangkitkan oleh Kayveas tidak boleh disemak melalui semakan kehakiman kerana bertentangan dengan Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966 selain mahkamah tiada bidang kuasa untuk menyemak isu berkaitan parti.

Kayveas, 69, memfailkan permohonan itu pada 7 Julai lepas dengan menamakan Menteri Dalam Negeri dan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) sebagai responden pertama dan kedua.

Permohonan itu difailkan antaranya atas alasan kedua-dua responden gagal mengambil kira bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Ke-67 diadakan pada 19 Mac lepas yang melantik Maglin sebagai Presiden myPPP adalah tidak sah berikutan 13 individu yang hadir pada mesyuarat itu dilucutkan keahlian mereka berkuat kuasa 25 April 2018.

Beliau antara lain memohon deklarasi bahawa Mesyuarat Agung Tahunan itu adalah tidak sah selain mendakwa pelantikan Maglin sebagai Presiden MyPPP tidak sah kerana melanggar Perlembagaan myPPP.

Ahli politik veteran itu juga memohon suatu perintah untuk membatalkan keputusan seorang pegawai Kementerian Dalam Negeri melalui surat bertarikh 11 April lepas yang meluluskan rayuan pembatalan pendaftaran parti tersebut.

MyPPP dibatalkan pendaftarannya pada 14 Jan 2019. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Telematics for commercial vehicles to be phased in from 2026

Transport Minister Anthony Loke announces a phased telematics system for commercial vehicles from 2026 to 2028, starting with voluntary adoption and moving towards mandatory use.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings