the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 9, 2026
28 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kajian: Produk makanan berbungkus untuk kanak-kanak di Asia Tengggara mengandungi paras gula, garam yang tinggi

BANGKOK: Produk makanan berbungkus untuk kanak-kanak berumur antara enam bulan hingga tiga tahun di Asia Tenggara didapati mengandungi paras gula dan garam yang tinggi, menurut kajian terbaharu yang dikeluarkan pada Khamis.

Selain itu, kajian berkenaan mendapati bahawa penggunaan pelabelan yang mengelirukan dan peraturan longgar mengenai komposisi dan jualan produk pada bungkusan makanan itu semakin berleluasa.

Kajian yang disokong oleh Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan rakan kongsi Consortium for Improving Complementary Foods in Southeast Asia (COMMIT) itu menilai lebih 1,600 bijirin bayi, puri, snek dan makanan sedia untuk dimakan yang dipasarkan kepada kanak-kanak di Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Filipina, Thailand dan Vietnam.

Sebanyak 44 peratus produk didapati mengandungi gula tambahan dan pemanis, meningkat kepada 72 peratus untuk makanan ringan dan makanan jejari manakala lebih satu pertiga daripada produk melebihi paras natrium yang disyorkan, lapor Xinhua.

Dalam kajian tingkah laku pengguna, makanan pelengkap yang dihasilkan secara komersial dilihat memainkan penting dalam diet kanak-kanak Asia Tenggara dengan peningkatan jualan sebanyak 45 peratus dalam tempoh lima tahun.

Kajian juga mendapati bahawa tiada satu pun daripada tujuh negara mempunyai dasar yang selaras dengan panduan antarabangsa mengenai komposisi dan pelabelan untuk produk makanan berkenaan.

Selain itu, beberapa negara tidak mempunyai langkah undang-undang untuk mengawal kandungan gula dan garam.

Kajian turut mendapati hampir 90 peratus produk yang dinilai mendakwa produk mereka mempunyai komposisi atau kandungan nutrien seperti mengandungi bahan semula jadi, sumber vitamin dan tiada bahan tiruan. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Railtown AI Announces Service-Led Commercialization Strategy to Accelerate AI Adoption Among Canadian SMEs

Vancouver, British Columbia - Newsfile Corp. - July 8, 2026 - Railtown AI Technologies Inc. (CSE: RAIL) (OTCQB: RLAIF) ("Railtown" or the "Company"), a Canadian-based AI developer tools and agentic orchestration company today announced the launch of its Service-Led Commercialization Strategy, a long-term growth initiative designed to accelerate artificial intelligence adoption among Canadian small and medium-sized enterprises ("SMEs") while expanding recurring software revenue through the deployment of the Company's proprietary AI technologies.

18 women coaches join Fifa scholarship programme

A total of 18 women coaches from across Malaysia have been selected for the Fifa Coaching Education Scholarship Programme to strengthen women's football coaching development

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings