the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hajiji: Gagasan Rakyat adakan persidangan agung tahunan pertama 13 Nov

KOTA KINABALU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) akan mengadakan persidangan agung tahunan pertama parti itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kota Kinabalu (SICC) pada 13 Nov ini.

Presidennya Datuk Seri Hajiji Noor (gambar) berkata persidangan sehari itu akan dihadiri oleh perwakilan serta pemerhati dari 73 bahagian Gagasan Rakyat serta wakil dari Labuan.

“Kita anggarkan lebih daripada 2,000 perwakilan akan menghadiri (persidangan agung tahunan), mungkin lebih ramai lagi kalau ada pemerhati lain yang datang,“ katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Gagasan Rakyat di sini, hari ini.

Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Ketua Menteri berkata persidangan itu melibatkan perwakilan daripada sayap Wanita, Pemuda dan Beliawanis.

Menurut Hajiji antara perkara yang akan dibahaskan sepanjang persidangan itu termasuk ucapan dasar presiden serta usul pindaan perlembagaan parti berkenaan.

Sementara itu, Hajiji berkata setakat ini Gagasan Rakyat mempunyai lebih 200,000 ahli dan menyasarkan keahlian parti itu mencecah 300,000 orang menjelang Disember ini.

Pada 5 Feb lepas, dalam Mesyuarat Agung Khas (EGM) parti itu, Hajiji dipilih secara rasmi sebagai Presiden Gagasan Rakyat. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings