the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Shafee, LHDN dalam proses selesaikan kes tunggakan cukai pendapatan RM9.41 juta

KUALA LUMPUR: Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah (gambar) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sedang dalam proses menyelesaikan saman yang difailkan oleh LHDN untuk mendapatkan balik tunggakan cukai pendapatan lebih RM9.41 juta yang terhutang olehnya.

Peguam Datuk Seri Rajan Navaratnam yang mewakili Muhammad Shafee, memberitahu Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Roz Mawar Rozain bahawa pihak-pihak juga memohon penangguhan pendengaran hari ini kerana perkembangan baharu (untuk menyelesaikan saman itu).

Mahkamah dijadual mendengar permohonan LHDN untuk penghakiman terus terhadap Muhammad Shafee hari ini.

(Penghakiman terus diperoleh apabila mahkamah memutuskan sesuatu kes melalui penghujahan bertulis tanpa perbicaraan penuh dan memanggil saksi).

Roz Mawar kemudian menetapkan 8.30 pagi pada 15 Dis untuk mendengar permohonan penghakiman terus oleh LHDN.

“Jika tiada penyelesaian, saya perlu meneruskan kes ini. Kes ini sudah terlalu lama,“ katanya.

Sementara itu, Rajan memberitahu pemberita bahawa kedua-dua pihak sedang berunding untuk kemungkinan bagi penyelesaian kes.

“Kami sedang mempertimbangkan sama ada ia boleh diselesaikan secara baik,“ katanya.

Peguam Kanan Hasil Al-Hummidallah Idrus yang mewakili LHDN, berkata LHDN telah memberi maklum balas terhadap cadangan yang dihantar Muhammad Shafee bulan lepas untuk menyelesaikan kes itu.

Pada 27 Sept 2021, LHDN memohon samannya terhadap Muhammad Shafee yang difailkan pada 6 Mei lepas, diputuskan melalui penghakiman terus, atas alasan defendan gagal membayar tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM9,414,708.32 dalam tempoh yang ditetapkan.

LHDN mendakwa peguam itu gagal membayar jumlah cukai pendapatan yang terhutang bagi Tahun-Tahun Taksiran 2011, 2012, 2013, 2014 dan 2016 termasuk kenaikan ke atas jumlah yang dikenakan.

Pada 28 Okt tahun lepas, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Muhammad Shafee atas dua pertuduhan menerima hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM9.5 juta daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan dua pertuduhan membuat penyata yang tidak betul kepada LHDN.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah itu pada 1 Nov tahun lepas. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings