the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
31.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Parlimen Malaysia-Singapura sepakat agenda pembangunan belia, kemakmuran Asean

KUALA LUMPUR: Parlimen Malaysia dan Singapura sepakat menjalin kerjasama erat sebagai rakan ASEAN serta agenda pembangunan belia untuk menggalakkan usaha penggubalan dasar-dasar ke arah mencapai matlamat komuniti ASEAN yang mampan dan makmur.

Parlimen Malaysia dalam kenyataan memaklumkan, perkara itu dibincangkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul bersama rakan sejawatanya Seah Kiang Peng dalam pertemuan di Parlimen Singapura hari ini.

“Pertemuan antara ketua legislatif dua negara itu dijalankan dalam kerangka lawatan rasmi Johari selaku Yang Dipertua Dewan Rakyat dalam inisiatif memacu kolaborasi antara Parlimen ASEAN.

“Dalam kunjungan hormat itu, mereka bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu dua hala dan serantau yang menjadi kepentingan bersama termasuk isu keterjaminan makanan, kecerdasan buatan dan tenaga boleh baharu,” menurut kenyataan itu.

Perbincangan itu juga meneroka peningkatan potensi dalam melonjakkan ekonomi, pelaburan dan perdagangan Malaysia-Singapura kepada pasaran ASEAN melalui jalinan usahama baharu dan perkongsian strategik.

Sehingga separuh pertama 2023, Singapura merupakan rakan dagangan kedua terbesar Malaysia selepas China dengan jumlah dagangan RM181.3 bilion, meningkat 6.1 peratus daripada RM170.8 bilion direkodkan dalam tempoh sama pada 2022. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

BN blends experience and new faces for Johor polls

Barisan Nasional’s mix of veteran leaders and fresh candidates for the Johor state election is the best formula for governing complex challenges, says Mohamed Khaled.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings