the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
25.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jualan Agro Madani bantu ahli pertubuhan peladang kawasan pasarkan produk

GUA MUSANG: Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Kelantan komited membantu pengusaha yang berdaftar di bawah agensi tersebut meningkatkan sara hidup dengan menjalankan pemasaran produk secara langsung menerusi Program Jualan Agro Madani.

Pengarahnya Mohd Hanifa Awang Su berkata usaha yang mendapat peruntukan Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan itu merupakan yang kelima daripada lapan program yang dirangka dan dijangka akan ditambah berikutan permintaan dan sambutan yang menggalakkan.

“Barangan dijual pada potongan harga sehingga 30 peratus lebih murah kerana ia dibawa secara terus kepada pengguna, sekali gus dapat meningkatkan pendapatan petani dengan mengurangkan lapisan perantara pasaran dari sumber pengeluaran terus kepada pengguna.

“Hari ini barangan yang mendapat sambutan hangat adalah telur gred A yang dijual RM11 berbanding harga biasa RM13.50; daging lembu tempatan dijual harga RM24 sekilogram (kg) berbanding harga biasa RM34 setiap kg. Kita bawakan khas daging dari Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bachok yang mempelopori bekalan daging yang segar dan lembu tempatan.

“Jualan hari ini mencatatkan RM20,000, menjadikan jumlah keseluruhan Jualan Agro MADANI di seluruh Kelantan melebihi RM100,000. Nampaknya ia berjaya kerana kita memfokuskan kawasan yang memerlukan jualan Madani ini,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Jualan Agro MADANI di Dataran Ilmu, Bandar Baru, di sini hari ini.

Pada program tersebut sebanyak 300 papan telur gred A laris dalam tempoh setengah jam.

Peniaga barangan runcit Zasmini Idris, 51, berkata sebanyak 250kg, habis terjual kepada pelanggan yang datang seawal 8 pagi.

“Sambutan daripada masyarakat setempat sangat menggalakkan, malah ada pembeli yang meminta kami untuk menambah bekalan gula sehingga jualan tamat,” katanya.

Bagi pelanggan warga emas Abdul Talib Maarof, 68, beliau sangat berpuas hati dengan harga barangan keperluan yang dijual pada harga lebih murah.

“Jualan sebegini amat bersesuaian dengan kos hidup masa kini dan bagi saya ia membantu saya berjimat dalam berbelanja barangan dapur

“Terima kasih kepada penganjur dan diharap jualan seperti ini diteruskan lebih kerap demi manfaat kami penduduk luar bandar ini,“ katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mannings continues “Safe Disposal of Unused Medicines Programme” for the fourth year partnering with...

Mannings is expanding its Safe Disposal of Unused Medicines Programme to 75 collection points across Hong Kong. Running from June 26 to July 23, the initiative promotes proper medicine disposal, medication counselling, environmental protection, and safer medication practices through partnerships with community organisations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings