the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
30.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kilang plastik disiasat gagal patuhi peraturan penginapan 325 pekerja asing

JOHOR BAHRU: Sebuah premis pembuatan bahan berasaskan plastik di Taman Tan Sri Yaakob di sini, disiasat selepas disyaki gagal mematuhi peraturan penginapan bagi 325 pekerja asing di kilang itu.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Kementerian Sumber Manusia (KSM) Mohd Asri Abdul Wahab berkata syarikat tersebut dikesan hanya menyediakan lima ruang penginapan di kawasan stor penyimpanan produk siap dengan purata setiap penginapan menempatkan kira-kira 65 pekerja.

Beliau berkata dalam Operasi Penguatkuasaan Khas Bersepadu yang dijalankan bersama pelbagai agensi termasuk Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada pukul 2.30 petang tadi, pihak majikan juga dikesan melanggar beberapa hak asasi pekerja sejak 2021.

“Hari ini kita buka kertas siasatan dan kita ambil kenyataan pekerja dan juga majikan bagi mengenal pasti apakah kesalahan-kesalahan yang telah dibuat pihak majikan, dengan setiap unit kediaman boleh dikenakan kompaun maksimum RM50,000.

“Menerusi operasi dijalankan tadi, saiz ruangan penginapan disediakan hanya sesuai untuk kegunaan seramai enam orang pekerja sahaja dengan sebuah unit bilik air. Malah pekerja juga tidak disediakan lokar berkunci untuk menyimpan barangan peribadi termasuk pasport mereka,“ katanya kepada pemberita selepas mengetuai serbuan di premis berkenaan di sini hari ini.

Mohd Asri berkata majikan turut dikesan tidak menyediakan katil untuk pekerja selain terdapat bilik mandi tidak berdinding dan berada bersebelahan dengan dapur tempat memasak.

“Bilik digunakan untuk tidur juga adalah kawasan memasak dengan barangan seperti bawang dan cili juga disimpan bersama-sama. Peti ais juga ada di dalam bilik tidur,“ katanya sambil menambah serbuan itu hasil aduan awam yang diterima pihaknya daripada pelbagai sumber.

Menurut beliau, setelah aduan-aduan berkenaan diterima, pihaknya menjalankan serbuan dan tindakan akan diambil sekiranya benar berlaku pelanggaran akta oleh majikan yang terlibat.

“Kebiasaannya serbuan kita hasil risikan pegawai dan anggota, aduan pekerja asing sendiri melalui kedutaan mereka atau melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) khususnya yang terlibat dengan isu-isu hak asasi manusia,“ katanya.

Beliau berkata tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap pihak majikan mengikut Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Pindaan) 2019 (Akta 446).

Mohd Asri berkata sejak Januari tahun ini sehingga kini, KSM telah membuka sebanyak 326 kertas siasatan dengan 187 daripadanya telah dikenakan tindakan kompaun berjumlah RM1.9 juta. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

CG Capital, the leader in branded residences in Thailand, marks milestone success for InterContinental...

CG Capital announced strong early demand for InterContinental Residences Bangkok Asoke, with over 60% of units reserved before its official launch. The luxury branded residence reflects growing confidence in Thailand's high-end property market despite ongoing global economic uncertainty.

FastMed HK welcomes Greater Bay Area visitors to access doctor assessment and prescription dispensing...

FastMed HK is expanding access to online doctor assessments and prescription dispensing for Hong Kong residents and Greater Bay Area visitors, offering a structured digital healthcare pathway with e-prescriptions, medicine delivery or collection, and privacy-focused services for various prescription-based healthcare needs.

Gorilla Technology raises Q2 2026 revenue outlook to at least US$44 million, driven by...

Gorilla Technology expects Q2 2026 revenue of at least US$44 million, significantly above market estimates, driven by contract execution and rising demand for AI infrastructure. The outlook represents more than 55% sequential growth and over 100% year-on-year revenue growth.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings