the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
31.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tengku Hassanal: Kerjasama dengan komuniti tinggal berdekatan habitat Harimau Malaya

KUANTAN: Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menyeru semua pihak agar bekerjasama dengan komuniti yang tinggal berdekatan dengan habitat Harimau Malaya.

Baginda bertitah komuniti itu bukan sekadar pihak berkepentingan, tetapi juga rakan kongsi penting dalam usaha pemuliharaan, di samping mereka juga “berkongsi” tempat tinggal dengan haiwan liar itu, justeru kerjasama dan sokongan masyarakat itu amat diperlukan.

“Dengan mengiktiraf hubungan mendalam mereka dengan tanah dan hidupan liar, kita perlu memupuk kerjasama lebih kukuh dengan mereka, perkasa mereka untuk menjadi juara kepada kelangsungan hidup Harimau Malaya, juga sebagai penjaga dan rakan dalam usaha pemuliharaan biodiversiti.

“Dengan menyediakan alternatif mata pencarian lestari kepada mereka dan menggalakkan pendidikan dan kesedaran, kita boleh pastikan masa hadapan Harimau Malaya terjalin dengan kesejahteraan komuniti ini,” titah baginda pada majlis penutup Sidang Kemuncak Harimau Pahang Pertama di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Datuk Rosli Isa dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri Datuk Seri Johari Harun.

Tengku Hassanal turut mengundang semua pihak dengan keupayaan dan sumber alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) supaya mengambil bahagian dalam melindungi Harimau Malaya kerana kerjasama itu penting memandangkan tiada satu pun organisasi atau kerajaan yang dapat menjayakan tugas itu seorang diri.

“Kerajaan saya tidak sabar-sabar untuk menerima cadangan ESG dan pemuliharaan dengan tangan terbuka. Pemuliharaan bukan tanggungjawab satu entiti tetapi memerlukan barisan yang bersatu,” titah baginda sambil menggesa perkongsian sumber dan kepakaran untuk membangunkan strategi bagi menangani cabaran yang kompleks.

Sementara itu, Tengku Hassanal menggalakkan kerajaan, organisasi antarabangsa dan entiti swasta untuk mengkaji semula pelaburan mereka dalam pemuliharaan harimau serta bersama-sama memanfaatkan mekanisme pembiayaan yang inovatif dan meneroka kerjasama awam-swasta yang menjamin sokongan kewangan yang mampan dan jangka panjang untuk inisiatif pemuliharaan.

Tengku Hassanal turut menekankan usaha penguatkuasaan untuk melindungi hidupan liar dan meneroka potensi kecerdasan buatan, imejan satelit dan teknologi penderiaan jauh bagi meningkatkan keupayaan pemantauan dan penguatkuasaan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bank of China (Hong Kong) x Television Broadcasts Limited (“TVB”) “Wealth Management Expo 2026”...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 27 June 2026 - The "Wealth Management Expo 2026", powered by Bank of China (Hong Kong) ("BOCHK") and organised by TVB under the theme of "Empowering Enterprises to Go Global, Pioneering the Blue Ocean of Silver Economy", was successfully held today.

Vinmec Launches Vietnam’s First Integrated High-Tech Robotic Surgery Network, Establishing the Country’s First Multi-Connected...

HANOI, VIETNAM - Media OutReach Newswire – 27 June 2026 - Vinmec Healthcare System today officially launched its nationwide network of High-Tech Robotic Surgery Centers, marking a major milestone in the advancement of surgical innovation in Vietnam.

Flash Sports & Media, Inc. Unveils Plan to Build the Next Tier of T20...

Tampa, Florida - Newsfile Corp. - June 26, 2026 - Flash Sports & Media, Inc. (NASDAQ: FLZH), a sports media and content company focused on the global cricket industry, today announced the release of its 2026 Investor Presentation filed with the U.S. Securities and Exchange Commission on Form 8-K, outlining the Company's strategic vision to build the first vertically integrated, multi-market T20 cricket platform on a public exchange.

OneGrowth 2026: Shared AI Token Era Ahead China Telecom Global Partner Conference Held

On June 25, 2026, the China Telecom Global Partner Conference convened in Shanghai. Centered on the theme of "OneGrowth 2026: Shared AI Token Era Ahead," the event brought together leading global telcos, key ecosystem partners, and prominent clients from both domestic and international markets.

Hong Kong celebrates surge of global enterprises driving investment and opportunities

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 26 June 2026 – More than 380 representatives of global enterprises joined a welcome reception yesterday (June 25) for 413 newly arrived or expanded overseas and Chinese Mainland companies in Hong Kong.

HONMA Golf FY2025/26 Results Remained Resilient Sales and Net Profit Showed Visible Improvements

HONMA Golf posted resilient FY2025/26 results with higher revenue and a return to profit, supported by strong growth in Korea, successful product launches, improved distribution channels, and continued investment in innovation and brand development.

From Millennium Xuan Paper to Contemporary Visual Storytelling: China’s Intangible Cultural Heritage Sets Off...

The drama Zhong Mo Yuan brings UNESCO-recognised Xuan paper-making to contemporary audiences, using visual storytelling to highlight China's intangible cultural heritage while promoting cultural preservation, craftsmanship, and international appreciation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings