the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPDN rancang teruskan Bantuan Tanpa Tunai untuk pelajar tingkatan enam, kolej vokasional

KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merancang untuk meneruskan Inisiatif Rintis Bantuan Tanpa Tunai kepada pelajar tingkatan enam dan kolej vokasional dalam usaha menangani isu kos sara hidup kumpulan itu.

Timbalan Menteri berkenaan Fuziah Salleh berkata pihaknya menerima cadangan tersebut menerusi Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup (Naccol) berikutan keberkesanan program itu yang mula dilaksanakan hujung tahun lepas.

“Menerusi program ini kita berjaya kenal pasti pelajar tingkatan enam dan kolej vokasional terutama yang menetap di asrama kerana dalam kalangan mereka merupakan golongan B40 yang berdepan kesukaran dalam kos sara hidup.

“Kita tidak mahu ada golongan yang kita terlepas pandang. Saya berharap agar program ini bukan hanya dapat diteruskan malah mendapat peruntukan yang lebih banyak pada masa akan datang,“ katanya kepada pemberita selepas Program Outreach Sara Hidup dan Advokasi Kepenggunaan Peringkat Negeri Kelantan, di sini hari ini.

Pada program itu, seramai 240 pelajar tingkatan enam dan kolej vokasional daripada kumpulan isi rumah B40 sekitar Kota Bharu menerima bantuan berkenaan, menjadikan jumlah keseluruhan penerima setakat ini seramai 4,116 membabitkan peruntukan RM722,400.

Sebelum ini, KPDN telah melaksanakan Inisiatif Rintis Bantuan Tanpa Tunai kepada golongan isi rumah B40 terutama mereka yang mendiami Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam sekitar Lembah Klang pada 2021.

Fuziah berkata pihaknya memulakan inisiatif itu untuk pelajar tingkatan enam dan kolej vokasional pada penghujung tahun lepas dengan kerjasama Kementerian Pendidikan.

Beliau berkata bantuan adalah dalam bentuk e-dompet bernilai RM50 sebulan bagi tempoh tiga bulan berturut-turut yang dijangka selesai diagihkan bulan depan.

Katanya, pihaknya turut menerima permohonan daripada pelajar untuk mengadakan Jualan Rahmah khas di sekolah.

“KPDN akan terus meneroka peluang libat urus dengan platform e-dompet yang boleh menawarkan baucar kepada golongan tersebut,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings