the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
30.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

SERI: Sokong ibu kembali bekerja tingkatkan penyertaan wanita dalam pasaran buruh

KUALA LUMPUR: Inisiatif seperti pembiayaan program sokongan untuk menggalakkan ibu kembali bekerja dan penyediaan pusat jagaan kanak-kanak mampu milik dapat memainkan peranan memastikan penyertaan penuh wanita dalam pasaran buruh.

Inisiatif Penyelidikan Sosial dan Ekonomi (SERI) dalam kenyataan hari ini memaklumkan walaupun wanita muda memperlihatkan pencapaian luar biasa dalam pendidikan, penglibatan mereka dalam sektor tenaga kerja masih rendah dan tidak seimbang iaitu kira-kira 55.5 peratus berbanding golongan lelaki sebanyak 80.9 peratus.

“Ketidakseimbangan ini bukan hanya menjejaskan pertumbuhan ekonomi, tetapi lebih penting ia juga melemahkan prinsip kesaksamaan. Bagaimanapun, perubahan dasar ekonomi sahaja tidak cukup untuk meningkatkan pembabitan wanita dalam tenaga kerja.

“Inisiatif ini perlu dilengkapkan dengan agenda wanita yang lebih luas dengan meneliti dan menangani jurang sosial dan budaya yang menghalang kemajuan. Penyelesaian ekonomi tidak boleh dibuat dalam keadaan yang terkekang,” menurut kenyataan itu.

Hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pelancaran inisiatif Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat mengumumkan pusat jagaan kanak-kanak mampu milik akan disediakan sebagai langkah meningkatkan kadar penyertaan wanita di alam pekerjaan.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata ia sebagai satu daripada inisiatif Ekonomi Penjagaan (Care-Ekonomy) dan kerajaan memperuntukkan RM10 juta bagi memudah cara proses pendaftaran taska dan pusat penjagaan kanak-kanak yang belum berdaftar di seluruh negara. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

LRT3 faces challenge in car-dependent Shah Alam: Expert

Many potential passengers live too far from LRT3 stations to walk comfortably, while weak feeder bus coverage, limited pedestrian links and underdeveloped cycling networks could restrict accessibility.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings