the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Khazanah pelawa pemegang kepentingan, rakyat berganding bahu realisasikan Ekonomi Madani

KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd mempelawa semua pemegang kepentingan awam, swasta, para dermawan dan yang paling utama, rakyat untuk bersama-sama merealisasikan visi Ekonomi Madani bagi memastikan masa hadapan yang mampan, bertenaga dan ekonomi berdaya tahan yang memberi manfaat kepada Malaysia.

Khazanah berkata ia kekal yakin terhadap prospek masa hadapan Malaysia dan kekal teguh dalam menyumbang kepada pembangunan negara.

“Visi Ekonomi Madani memberikan pandangan positif dan memberangsangkan untuk masa depan negara terutamanya ketika berada dalam ketidaktentuan global, dengan cabaran seperti inflasi, perubahan iklim dan risiko geopolitik yang memberi kesan kepada pembangunan ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Di Khazanah, strategi Memajukan Malaysia kami sejajar dengan visi Perdana Menteri yang tertumpu kepada peningkatan kualiti hidup segenap rakyat Malaysia, dan transformasi ekonomi serta peningkatan daya saing negara.

“Kami juga berbesar hati dengan perhatian daripada Perdana Menteri apabila PolicyStreet disebut, sebuah syarikat penerima pelaburan kami melalui Dana Impak yang giat menyediakan penyelesaian insurans untuk mereka yang kurang mendapat tumpuan perkhidmatan,” katanya.

Khazanah juga menyokong penuh pandangan Perdana Menteri untuk meningkatkan lagi perspektif serantau terhadap ekonomi Malaysia dan akan terus menumpukan usaha terhadap pengukuhan syarikat portfolio pelaburan dan mengembangkan kehadiran global mereka melalui peranan sebagai pemain korporat yang aktif.

“Inisiatif utama untuk Khazanah khususnya, adalah menerajui usaha pembinaan negara secara usahasama dengan UEM Group melalui platform pelaburan hijau baharu, bagi memacu agenda penyahkarbonan Malaysia dan memupuk ekonomi yang lebih hijau,” katanya.

Platform ini juga, katanya, bertujuan untuk memanfaatkan nilai dalam portfolio sedia ada Khazanah, mencapai pulangan komersial melalui pelaburan baharu dan kerjasama dengan syarikat tempatan dan antarabangsa yang berpotensi tinggi.

“Bersama-sama entiti gabungan kami, Yayasan Hasanah, Khazanah Research Institute dan Think City, kami bersedia untuk menyokong penciptaan impak sosioekonomi yang lebih bermakna untuk rakyat,” katanya.

Justeru, Khazanah menyambut baik visi ekonomi komprehensif oleh Perdana Menteri dalam Ekonomi Madani yang dilancarkan hari ini dan bersemangat untuk merealisasikan visi tersebut sebagai Dana Kekayaan Berdaulat Malaysia.

Ekonomi Madani, adalah rangka kerja ekonomi terbaharu diumumkan oleh Perdana Menteri yang bertujuan untuk meningkatkan ekonomi Malaysia seterusnya menyediakan limpahan hasil kepada rakyat untuk membolehkan mereka menikmati kualiti hidup yang lebih baik. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings