the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
28.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPM komited pastikan agenda Belanjawan 2024 dilaksana penuh tanggungjawab

KANGAR: Kementerian Pendidikan (KPM) yang mendapat peruntukan terbesar menerusi Belanjawan 2024 Malaysia Madani, komited untuk memastikan agenda dalam belanjawan itu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata pihaknya menyambut peruntukan keseluruhan sebanyak RM58.7 bilion itu dalam perspektif yang dirasakan sebagai perjuangan untuk pendidikan manusiawi selama ini.

“Alhamdulillah KPM masih lagi menjadi kementerian menerima peruntukan terbesar…paling penting dalam konteks dasar adalah jelajah pendidikan masa depan negara,“ katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Perlis 2023 di sini hari ini.

Semalam media melaporkan yang pendidikan kekal sebagai komponen utama menerima peruntukan tertinggi dalam Belanjawan 2024 Malaysia MADANI apabila RM58.7 bilion diperuntukkan kepada KPM berbanding RM55.2 bilion pada 2023.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sejumlah RM1.9 bilion disediakan untuk menaik taraf dan menyelenggara sekolah di seluruh negara.

Selain itu, sebanyak 26 sekolah baharu akan mula dibina dengan kos keseluruhan projek RM2.5 bilion termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Laya-Laya, Tuaran Sabah; SMK Baie, Bintulu, (Sarawak); SMK Seri Melati, Kuantan (Pahang); SMK Bandar Universiti, Bandar Seri Iskandar (Perak) dan SMK Binjai, Kota Bharu (Kelantan).

Selain itu, 18 blok baharu Pendidikan Khas akan dibina dengan peruntukan RM180 juta melibatkan SMK Kubang Rotan, Kedah; Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Perda (Pulau Pinang) dan SMK Dato Ali Ahmad (Perlis) dalam usaha memperkasa dan melindungi kesejahteraan murid berkeperluan khas.

Fadhlina berkata pembinaan 26 sekolah baharu yang diumumkan perdana menteri dalam belanjawan itu merupakan peruntukan terbesar pernah diterima oleh KPM. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Venezuela earthquake rescue efforts hampered as death toll rises to 235

Buildings cracked, crumbled, and tilted precariously after the quakes,...

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings