the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPDN: Dakwaan minyak masak peket hanya dijual kepada warga asing adalah salah faham

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melakukan pemeriksaan di Pasar Raya NSK di Jalan Peel, Kuala Lumpur berhubung dakwaan penjualan minyak masak peket sekilogram kepada warga asing tanpa kawalan.

KPDN dalam kenyataan hari ini memaklumkan pemeriksaan dijalankan penguat kuasa KPDN Kuala Lumpur selepas mengambil maklum laporan media dan video yang tular semalam, yang mendakwa jualan minyak masak peket bersubsidi kepada warga asing itu menyebabkan berlaku kekurangan bekalan dan warga tempatan tidak dapat membeli bekalan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati berlaku salah faham antara beberapa pelanggan yang ingin membeli minyak masak peket sekilogram bersubsidi dalam kuantiti yang banyak,” menurut kenyataan itu.

KPDN memaklumkan pasar raya berkenaan telah mengehadkan pembelian minyak masak peket sekilogram bersubsidi maksimum hanya tiga peket sahaja bagi setiap transaksi, namun ada beberapa pelanggan yang tidak dibenarkan membuat pembelian melebihi had tersebut tidak berpuas hati.

“Pihak Pasar Raya NSK juga telah mengesahkan bahawa tidak berlaku penjualan minyak masak peket sekilogram hanya kepada warga asing sahaja seperti yang didakwa dalam video yang tular itu,“ menurut KPDN serta menambah pihak pasar raya telah membuat satu laporan polis berhubung isu tersebut. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings