the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

'Menara tiada kuali' di Sarawak: Penyelesaian diumum sebelum hujung bulan ini

KUCHING: Kerajaan akan mengumumkan langkah penyelesaian bagi isu menara telekomunikasi yang tidak berfungsi di Sarawak sebelum hujung bulan ini.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil (gambar) berkata buat masa ini perbincangan bersama syarikat-syarikat telekomunikasi sedang dijalankan untuk mencari penyelesaian terbaik buat isu yang digelar sebagai ‘menara tiada kuali’ itu.

“Sekiranya perbincangan berjalan dengan lancar, bakal ada pengumuman baik untuk menyelesaikan secara menyeluruh isu ‘naked tower’ di Sarawak.

“(Kita harap selepas ini) kesalinghubungan dapat ditingkatkan lagi selepas pengumuman itu nanti,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis apresiasi Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia di sini hari ini.

Pada 19 Mei lepas, Fahmi dilaporkan berkata pihak Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) telah berjaya membina lebih 600 menara telekomunikasi di Sarawak setakat ini.

Fahmi berkata daripada 600 menara itu, kira-kira separuh telah dioperasikan oleh syarikat telekomunikasi.

Sementara itu, dalam ucapannya pada acara itu, Fahmi berkata penduduk di Sarawak kini mempunyai banyak pilihan untuk mengatasi isu capaian Internet lemah termasuk menggunakan peranti satelit Starlink.

“Kini kita mempunyai banyak pilihan termasuk Starlink yang boleh digunakan di kawasan luar bandar jadi manfaatkan peranti ini sebaiknya,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings