the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis: Belum ada permohonan permit Perhimpunan Selamatkan Malaysia

KUALA LUMPUR: Polis masih belum menerima sebarang permohonan berhubung penganjuran “Perhimpunan Selamatkan Malaysia” yang dirancang diadakan di ibu negara, Sabtu ini, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid (gambar).

Beliau berkata mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012, permohonan permit perlu dibuat sekurang-kurangnya lima hari sebelum tarikh ia diadakan dan kegagalan berbuat demikian adalah menyalahi undang-undang.

“Tempoh itu telah pun berakhir namun masih belum ada sebarang permohonan dibuat penganjur, “ katanya pada sidang media Op Hormat Undang-Undang Jalan Raya Polis Kuala Lumpur Fasa 2, di sini, hari ini.

Allaudeen berkata setakat ini, pihaknya menerima enam laporan polis berhubung perhimpunan anjuran Pemuda Perikatan Nasional (PN) itu dengan lima individu telah dirakam keterangan termasuk Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari dan Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

“Tiga lagi ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia (Muhammad Hilman Idham) dan dua wartawan yang membuat liputan sewaktu sidang media Ahmad Fadhli mengenai perhimpunan itu. Seorang lagi individu diminta hadir memberi keterangan untuk membantu siasatan polis,“ katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings