the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lawatan PM ke Vietnam menyumbang kepada pengukuhan keyakinan politik: Duta Vietnam

KUALA LUMPUR: Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Vietnam dari 20-21 Julai akan menyumbang kepada peningkatan terhadap keyakinan politik antara kedua-dua negara, menurut Duta Vietnam ke Malaysia Dinh Ngoc Linh.

Lawatan itu akan membantu usaha untuk memperkukuh pertumbuhan dalam hubungan dua hala dalam semua bidang, selain menyediakan rangka kerja baharu untuk pembangunan seterusnya, Linh memberitahu Agensi Berita Vietnam (VNA).

Beliau berkata ia juga akan mewujudkan dorongan baharu bagi pelaksanaan Program Tindakan untuk melaksanakan Perkongsian Strategik Vietnam-Malaysia bagi tempoh 2021-2025.

Peningkatan kerjasama dua hala dalam beberapa bidang, termasuk politik, keselamatan dan pertahanan, ekonomi, budaya, pelancongan, pekerjaan dan interaksi rakyat dengan rakyat, bergantung kepada pelan tindakan itu.

Selain itu, beliau berpendapat lawatan berkenaan memberi peluang kepada usahawan dari kedua-dua negara untuk mengenal pasti pelaburan dan kerjasama, sambil meningkatkan kerjasama dua hala bagi menangani kebimbangan semasa global, termasuk keterjaminan tenaga dan makanan, perubahan iklim dan transformasi digital.

Pemimpin kedua-dua negara akan bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang merupakan kepentingan bersama, termasuk promosi kerjasama marin dan pembangunan ekonomi berasaskan laut serta penyelarasan di forum serantau dan antarabangsa, terutama dalam rangka kerja ASEAN, sekali gus menyumbang kepada pengukuhan perpaduan antara negara serantau dan mempromosi pemusatan ASEAN.

Menurut Linh, Vietnam dan Malaysia adalah rakan semula jadi, berdasarkan persamaan kedudukan geostrategik serta kepentingan yang selari di rantau ini dan dunia.

Walaupun berlaku perubahan yang kompleks di rantau ini dan di seluruh dunia, duta itu yakin hubungan dua hala pada masa depan akan terus berkembang dan berkesan dalam semua bidang, terutama politik dan ekonomi.

Duta itu menekankan bahawa masih terdapat banyak ruang untuk mengembangkan kerjasama ekonomi, sambil menyuarakan keyakinan matlamat meningkatkan perdagangan dua hala kepada US$18 bilion menjelang 2025, boleh dicapai.

Perdagangan dua hala antara kedua-dua negara meningkat sebanyak 17.4 peratus tahun ke tahun kepada US$14.68 bilion pada 2022. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

PH cautious over potential vote shift in seats not contested by PN

Pakatan Harapan (PH) is taking a cautious approach in facing contests in the 23 constituencies where Perikatan Nasional (PN) is not fielding candidates in the Johor state election.

Kai Tak Sports Park Claims Top Honour

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The winners of the Quality Building Award 2026 (QBA 2026) were announced and presented at a ceremony held last Friday (26 June) at the Hong Kong Convention and Exhibition Centre.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings