the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan akan kenal pasti lokasi untuk pelabur asing bagi sektor tenaga boleh diperbaharui

ABU DHABI: Kerajaan akan mengenal pasti beberapa lokasi yang sesuai bagi pelabur asing yang berminat dalam sektor tenaga boleh diperbaharui, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar).

Katanya ini berikutan Malaysia menjadi tarikan kepada pelabur-pelabur luar yang mahu datang ke Malaysia untuk melabur dalam bidang tersebut.

“Beberapa kawasan akan dipilih, kita akan mengenal pasti di antara 10 hingga 12 tempat. Mereka (pelabur) akan pilih. Sebahagiannya di Pahang,” katanya kepada media Malaysia di akhir lawatan kerja dua hari beliau ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) di sini semalam.

Katanya ketika ini, Malaysia berada di hadapan dalam menerima pelaburan bagi sektor tenaga boleh diperbaharui dan akan semakin ke depan jika komitmen pelaburan daripada UAE yang bernilai US$8 bilion untuk projek tenaga boleh diperbaharui dengan kapasiti sehingga 10 gigawatt menjadi kenyataan.

Beliau berkata kerajaan juga bercadang supaya pusat data yang ketika ini berada di Johor dan Selangor dikembangkan ke negeri-negeri berdekatan.

“Sewaktu pertemuan dengan pelabur-pelabur, mereka semua meminta kita mempercepatkan dan memudahkan proses untuk melakukan perniagaan. Ini yang kita kena usahakan, sebab ada negara lain yang boleh menawarkan dengan lebih baik daripada kita.

“Jika kita memudahkan mereka, pelaburan masuk akan lebih tinggi dan pendapatan negara meningkat,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings