the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

APMM tahan 13 pendatang tanpa izin cuba menyusup masuk Tawau

TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menggagalkan cubaan 13 pendatang tanpa izin dipercayai warga Indonesia menyusup masuk ke negara ini apabila kesemua mereka ditahan di perairan Tawau kira-kira 1.2 batu nautika barat dari jeti pelabuhan di sini semalam.

Pengarah Zon Maritim Tawau Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata pendatang tanpa izin terdiri daripada lelaki berusia antara 18 hingga 61 tahun itu ditahan pada 10.30 pagi selepas pihaknya mengesan sebuah bot bergerak laju dalam keadaan mencurigakan dari arah Pulau Sebatik ke Tawau

“Pasukan APMM yang menjalankan tugas operasi mengejar bot berkenaan untuk tujuan pemeriksaan. Bagaimanapun, juragan bot bertindak terjun laut meninggalkan penumpang bot untuk melarikan diri.

Tindakan pantas anggota bertugas berjaya menangkap juragan berkenaan selain menahan 12 penumpang, dan didapati kesemua mereka tidak memiliki pengenalan diri yang sah dan masuk ke negara ini secara haram, kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 ,“ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Shahrizan berkata, pihaknya giat memperhebat rondaan bagi membanteras kegiatan penyeludupan manusia itu dan komuniti maritim yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan salah laku jenayah diharap dapat menyalurkan aduan dengan menghubungi talian Pusat Operasi Zon Maritim Tawau 089-752116 atau talian MERS 999. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings