the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, January 12, 2026
26.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Litar drag baharu dirancang di Sepang tahun depan

Litar drag bernilai RM2 juta akan dibina di Sepang tahun depan untuk memperkukuh sukan permotoran negara dengan spesifikasi keselamatan MAM.

SEPANG: Sebuah litar drag baharu dirancang dibina di Sepang tahun depan untuk memperkukuh pembangunan sukan permotoran negara.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim berkata projek itu akan dilaksanakan dengan peruntukan RM2 juta menggunakan dana dalaman Litar Antarabangsa Sepang.

“Jika berjaya, ia boleh dilaksanakan di tempat lain,” katanya ketika menjawab soalan tambahan di Dewan Rakyat.

Beliau berkata perkara itu perlu diteliti dengan lebih mendalam sebelum dilaksanakan di setiap negeri.

Kos pembinaan sebuah litar drag dianggarkan antara RM6 juta hingga RM8 juta untuk jalur perlumbaan 201 atau 402 meter.

Spesifikasi itu ditetapkan Persatuan Permotoran Malaysia bagi memastikan aspek keselamatan dipatuhi dalam perlumbaan drag yang melibatkan pecutan tinggi.

Kemudahan sokongan seperti pusat kawalan dan bilik pemeriksaan teknikal memerlukan kos tambahan RM9 juta hingga RM11 juta.

Jumlah keseluruhan bagi pembinaan litar lengkap dianggarkan antara RM15 juta hingga RM20 juta. – Bernama

Related

spot_img

Latest

TAT Releases Teaser of “Feel All The Feelings”, featuring “LISA” as “Amazing Thailand Ambassador”

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - The Tourism Authority of Thailand (TAT) has commenced the year 2026 with a new tourism promotion by releasing a teaser for its "Feel All The Feelings" commercial.

SL Aesthetic Group Celebrates 22 Years of Growth and Innovation Across Singapore and Southeast Asia

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - SL Aesthetic Group celebrates its 22nd anniversary, marking its growth from a single clinic into a multi-brand medical aesthetics and healthcare group.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories