the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 8, 2025
22.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bapa kongsi detik akhir panggilan anak sebelum kemalangan helikopter

JOHOR BAHRU: “Dia baru sahaja telefon saya minta saya doakan (keselamatan) … tidak lama selepas itu, saya dapat tahu helikopter dia terhempas,“ kata Baharom Mohammed, 82, bapa kepada Supt Ahmad Bustamin Baharom, 46, yang terlibat dalam kemalangan helikopter berhampiran Sungai Pulai, Gelang Patah.

Menurut Baharom, anaknya yang berkhidmat dengan polis sejak 2005 sempat memaklumkan akan menaiki helikopter untuk latihan sebelum meminta doa keselamatan. Ahmad Bustamin, pembantu juruterbang, berjaya keluar awal dari helikopter yang tenggelam dan membantu rakan setugas yang cedera.

“Dia pernah ambil latihan berkaitan pengendalian helikopter sebelum ni. (Ketika kejadian) dia keluar dulu, selepas itu bantu anggota lain termasuk seorang yang hampir lemas,“ jelas Baharom.

Ahmad Bustamin mengalami patah tulang rusuk, lebam di muka, dan kebas di kaki tetapi stabil. Lima kru termasuk juruterbang ACP Faizul Mohammad berjaya diselamatkan oleh Pasukan Polis Marin dan sedang dirawat di Hospital Sultanah Aminah – BERNAMA

Related

spot_img

Latest

Putra Heights victims deserve dignity

A family member of a Putra Heights fire victim criticises the official handover ceremony for being self-congratulatory and insensitive to residents' trauma.

Scaling digital heights securely

ASEAN's digital economy growth and AI adoption are outpacing cybersecurity, with 66% of organisations expecting significant AI-related security impacts

Most Viewed

spot_img

Popular Categories