the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, October 13, 2026
28 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kemajuan pembinaan rumah di Putra Heights mendahului jadual

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

PUTRA HEIGHTS: Kerja pembinaan semula dan pembaikan rumah yang terjejas akibat letupan saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya kini berjalan lebih cepat daripada jadual asal.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, memaklumkan bahawa projek tersebut telah mencapai kemajuan sebanyak 22 hingga 24 peratus.

Kawasan terlibat termasuk Taman Putra Harmoni dan Kampung Kuala Sungai Baharu. Di Taman Putra Harmoni, tiga unit rumah akan dibina semula, manakala 46 unit akan dibaiki. Sebanyak 46 unit lagi masih dalam proses penilaian retak dan struktur.

Bagi Kampung Kuala Sungai Baru, 17 unit terlibat dengan 11 unit akan dibina semula dan enam unit akan diperbaiki.

Tuntutan baik pulih rumah juga sedang diproses. Penduduk Taman Putra Harmoni telah memfailkan tuntutan bernilai RM458,440.50, manakala penduduk Kampung Kuala Sungai Baru memfailkan RM884,934.

“Penduduk diberi masa hingga 27 Oktober untuk menghantar dokumen tuntutan kepada Majlis Bandaraya Subang Jaya,“ kata Amirudin.

Kerajaan negeri juga mencadangkan peningkatan kos siling baik pulih daripada RM30,000 kepada RM60,000 bagi menampung kos tambahan seperti jubin bumbung dan tangki air.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Climate pledges must translate into decisions and action – Sultan Nazrin

Climate change is already disrupting livelihoods across Asia, with shifting monsoons, warming seas and recurring heat threatening farmers, fishing communities and outdoor workers, Sultan of Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah said.

RM50m threshold risks penalising businesses that grow, says economist

Malaysia’s plan to exempt businesses with annual sales below RM50 million from the RM2,000 minimum wage could discourage expansion and investment, undermining efforts to raise productivity, an economist has warned.

Most Viewed

spot_img