the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
31.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Permohonan jawatan tetap pegawai pergigian, farmasi lantikan kontrak 2016, 2017 dibuka

KUALA LUMPUR: Pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak bagi 2016 dan 2017 boleh memohon jawatan tetap melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Sistem SPA9) mulai 30 Jan hingga 12 Feb ini, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

KKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan proses itu susulan urusan pengambilan jawatan tetap pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan 2018 hingga 2020 yang telah dibuka menerusi Sistem SPA9 dari 6 hingga 21 Jan lepas.

“Seramai 242 pegawai pergigian dan 321 pegawai farmasi lantikan kontrak tahun 2016 dan 2017 layak memohon jawatan tetap yang ditawarkan.

“Pegawai lantikan kontrak yang berkenaan disarankan melayari portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk berdaftar atau mengemas kini maklumat permohonan dalam sistem SPA9,“ menurut kenyataan itu.

KKM turut berharap pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak 2016 dan 2017 dapat membuat persediaan sewajarnya bagi urusan pengambilan itu. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

TCL Supports “2026 Olympic Day cum Aichi-Nagoya Asian Games Fun Run”, Celebrating the Olympic...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 28 June 2026 - TCL, as a Worldwide Olympic Partner, proudly supported the "2026 Olympic Day cum Aichi-Nagoya Asian Games Fun Run", organised by the Sports Federation & Olympic Committee of Hong Kong, China, joining more than 2,500 members of the public and athletes in celebrating International Olympic Day and showing support for Hong Kong athletes competing in the Asian Games.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings