the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Empat premis makanan di George Town ditutup kerana kebersihan teruk

GEORGE TOWN: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengarahkan empat premis makanan di sini ditutup berikutan tahap kebersihan kurang memuaskan.

Menurut MBPP, tindakan itu diambil selepas pemeriksaan mengejut menerusi Operasi Kebersihan yang dijalankan pihaknya, semalam.

“Kesemua premis yang diperiksa telah diarahkan tutup selama 14 hari bermula semalam hingga 16 Julai mengikut Undang-Undang Kecil 38 (1), Undang-Undang Kecil (Establisymen Makanan) MPPP 1991 berikutan tahap kebersihan premis kurang memuaskan, iaitu berada di bawah standard ditetapkan.

“Malah, pemeriksaan itu juga menemukan najis tikus di kawasan penyediaan makanan di dapur dan stor penyimpanan,“ menurut MBPP dalam hantaran di Facebook hari ini.

Beberapa pekerja yang mengendalikan makanan juga didapati tidak mendapatkan suntikan vaksin tifoid yang boleh menyebabkan individu lebih terdedah kepada jangkitan bakteria Salmonella Typhi, selain tidak memakai topi dan apron.- Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Ladies here, you need to respect them’ – French travel show highlights Rapid KL’s...

“You might see a group of women trying to push you out of the train!” the commuter laughed. “But in the worst-case scenario, you could be reported. They could pull the alarm, report you to an officer on the platform, and the officer would ask you to leave.”

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings