the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
31.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ketidaktentuan global: Beri mandat PRU15 kepada mereka yang ada rekod prestasi baik pada masa lalu

KUALA SELANGOR: Rakyat diseru untuk memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) agar kerajaan yang stabil dapat dibentuk bagi meneruskan segala polisi yang telah direncana untuk membantu rakyat dan negara menghadapi ketidaktentuan ekonomi global.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (gambar) berkata polisi yang diperkenalkan oleh kerajaan sebelum Parlimen dibubarkan ternyata telah menunjukkan hasil yang baik apabila ekonomi negara dapat berkembang walaupun berdepan dengan cabaran global termasuk keadaan geopolitik yang berlaku di Eropah.

“Apa yang berlaku di Ukraine dan Rusia dan sekarang di Poland sedikit sebanyak memberi kesan termasuk ekonomi Eropah yang merundum. Malah lihat pada kadar inflasi juga tinggi kerana harga bahan bakar dan bahan mentah sudah naik.

“Di Amerika Syarikat juga kadar faedah naik dengan begitu tinggi dan ini membebankan rakyat di sana,“ katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Tengku Zafrul berkata Malaysia turut terkena tempias daripada ketidaktentuan ekonomi global namun dengan polisi yang diperkenal dan dilaksanakan kerajaan, ekonomi negara masih kekal berkembang apabila keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada suku ketiga meningkat sebanyak 14.2 peratus, yang merupakan kenaikan empat suku berturut-turut.

“Tempoh sembilan bulan pertama pun naik sebanyak 9.3 peratus. Tetapi apa yang penting kita kena lihat ke hadapan, pilihan raya ini InsyaAllah kalau BN kembali dapat membentuk kerajaan kita teruskan polisi yang membantu rakyat dan membangunkan ekonomi,” katanya.

Menurutnya, walaupun negara telah menunjukkan prestasi ekonomi yang baik namun Malaysia memerlukan kerajaan yang stabil dengan rekod prestasi positif supaya dapat bersedia untuk menghadapi cabaran global pada masa depan.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

TCL Supports “2026 Olympic Day cum Aichi-Nagoya Asian Games Fun Run”, Celebrating the Olympic...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 28 June 2026 - TCL, as a Worldwide Olympic Partner, proudly supported the "2026 Olympic Day cum Aichi-Nagoya Asian Games Fun Run", organised by the Sports Federation & Olympic Committee of Hong Kong, China, joining more than 2,500 members of the public and athletes in celebrating International Olympic Day and showing support for Hong Kong athletes competing in the Asian Games.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings