the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tanah runtuh: PM arah misi mencari dan menyelamat dibuat secara rapi, menyeluruh

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi mencari dan menyelamat mangsa insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm dekat jalan menghubungkan Batang Kali dengan Genting Highlands dilakukan secara rapi dan sistematik oleh semua jabatan kerajaan.

“Mohon doa rakyat Malaysia agar misi ini dapat dipermudahkan dan saya sendiri akan turun ke lokasi malam ini,“ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Anwar berkata beliau dimaklumkan beberapa menteri terlibat akan turun ke lokasi pada pagi ini dan menasihatkan mereka agar tidak mengganggu kerja-kerja mencari dan menyelamat.

Setakat ini, lapan maut manakala 60 orang lagi berjaya diselamatkan dalam kejadian tanah runtuh awal pagi ini.

Ketika ini operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dilakukan oleh pasukan penyelamat termasuk menggunakan khidmat unit anjing pengesan (K9) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) dari Bukit Sentosa, Ampang, Pandan, Kota Anggerik, Kajang dan Andalas serta Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM). – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Senior living project partners AIA unit

Eden at Botanica CT, a nursing care residence and a low-density active living resort, has partnered with AIA Pension and Asset Management Sdn Bhd (APAM) to integrate retirement savings into its senior living development in Balik Pulau, with purchasers receiving a RM25,000 contribution into a Private Retirement Scheme (PRS) fund.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings