the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 7, 2026
30.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JPS keluarkan notis kemungkinan banjir kilat di Johor, Pahang, Terengganu, Sabah

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat bagi empat negeri melibatkan Johor, Pahang, Terengganu dan Sabah.

JPS dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 3 petang tadi memaklumkan ia berdasarkan maklumat ramalan hujan daripada Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS) dan model ramalan banjir JPS Malaysia.

Menurut kenyataan itu terdapat risiko berlakunya banjir kilat di beberapa lokasi di negeri berkenaan sekiranya hujan yang signifikan berlaku dalam tempoh 24 jam daripada waktu notis dikeluarkan.

JPS memaklumkan di Johor, kawasan berkemungkinan dilanda banjir kilat ialah daerah Kota Tinggi melibatkan Johor Lama, Kambau, Kota Tinggi, Pantai Timur, Pengerang, Sedili Besar, Sedili Kechil, Tanjung Surat, Ulu Sungai Johor dan Ulu Sungai Sedili Besar.

Bagi daerah Mersing, lokasi yang terlibat adalah Bandar Padang Endau, Mersing, Padang Endau, Penyabong, Sembrong, Tenglu, Triang serta kawasan sekitarnya.

Di daerah Segamat pula kawasan terlibat adalah Bandar Gemas, Bandar Labis, Buloh Kasap, Chaah, Gemas, Gemereh, Jementah, Labis, Pogoh, Sermin, Sungai Segama serta kawasan sekitarnya, manakala daerah Muar melibatkan Ayer Baloi, Ayer Hitam, Bandar, Bandar Maharani, Bandar Panchor, Bukit Kepong, Jalan Bakri, Jorak, Kesang, Parit Bakar, Sri Menanti dan Sungai Raya.

Dalam kenyataan sama, JPS memaklumkan bagi negeri Pahang ia melibatkan daerah Maran iaitu Bandar Maran, Bukit Segumpal, Chenor, Kertau, Lepar, Luit, Pekan, Pekan Sri Jaya, Pulau Manis serta kawasan sekitarnya.

Di daerah Pekan pula lokasi terlibat adalah Batu Talam, Bebar, Dong, Ganchong, Kuala Kuantan, Langgar, Lepar, Pahang Tua, Pekan, Pekan Ceroh, Penyor, Pulau Manis, Pulau Rusa, Sega, Semantan Hulu, Temai serta kawasan sekitarnya.

Bagi daerah Raub meliputi Bandar Endau, Bandar Raub, Batu Talam, Dong, Endau, Gali, Hulu Dong, Keratong, Pekan Dong, Pontian, Sabak, Sega, Semantan Hulu, Teras serta kawasan sekitarnya.

Di daerah Rompin melibatkan Endau, Keratong, Pekan Tioman, Pontian, Rompin serta kawasan sekitarnya, manakala daerah Temerloh membabitkan Bandar Mentakab, Bandar Temerloh, Bangau, Jenderak, Kerdau, Lebak, Lipat Kajang, Mentakab, Pekan Kuala Kerau, Pekan Lancang, Perak, Sabai, Sanggang, Semantan dan Songsang.

Di Terengganu, lokasi di daerah Kemaman yang berisiko banjir adalah Bandi, Banggul, Binjai, Cukai, Hulu Cukai, Hulu Jabur, Kemasik, Kertih, Kijal, Pasir Semut, Tebak, Teluk Kalung serta kawasan sekitarnya.

JPS memaklumkan di Sabah, kawasan yang terlibat adalah di daerah Beaufort melibatkan Kampung Gadong, Kampung Kuridak, Kampung Garama, Kampung Lawa, Kampung Lago Gumarit, Kampung Suasa, Kampung Kukop, Kampung Bangkalalak, Kampung Jabang dan Kampung Berumbai.

Turut terlibat di daerah itu ialah Kampung Mentulud, Kampung Kebajang Gumarit, Kampung Kebajang Laut, Kampung Mantau Kebajang, Kampung Gilila Jaya, Kampung Lago, Kampung Teratak, Kampung Kebajang Ulu, Kampung Kukut Padas Damit, Kampung Kratak Padas Damit, Kampung Shabandar Padas Damit, Kampung Pekan Padas Damit, Kampung Bintuka, Kampung Lukut Gadong serta kawasan sekitarnya.

Di daerah Penampang pula melibatkan Kampung Kolopis serta kawasan sekitarnya.

JPS memaklumkan notis kesiapsiagaan itu dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan yang berisiko berwaspada dengan sebarang kemungkinan berlakunya banjir kilat bagi tempoh berkenaan.

Orang ramai boleh melayari laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook @PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir untuk maklumat lanjut dari semasa ke semasa dan dinasihatkan mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi pengurusan bencana banjir. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

As EVs become the majority of new car registrations in Singapore, Allianz highlights a...

Electric vehicles (EVs) have reached a defining milestone in Singapore. Allianz Insurance Singapore says the national EV conversation is evolving beyond adoption towards a fundamental shift in how drivers think about vehicle ownership, as EVs now account for the majority of new car registrations.

AEON Bank Biz powers up business growth with Term Financing-i and Working Capital Financing-i

AEON Bank (M) Berhad, Malaysia's first digital Islamic bank, has expanded its business banking financing facilities with the introduction of Term Financing-i and Working Capital Financing-i, anchored by its Business Banking vertical, AEON Bank Biz.

SCG and ASEAN Strengthen Industrial Collaboration Amid Global Transformation

Thammasak Sethaudom, President and Chief Executive Officer of SCG, emphasized that ASEAN industries are undergoing structural transformation and must continuously strengthen capabilities, resilience, and regional cooperation to support sustainable long-term growth.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings